Wednesday, September 28, 2016

Cherating

Hai!! Uish after few months akhirnya now aku nak story my trip pi cherating last two months. This was my second time pi trip ngan geng uitm. Uishhhh dah pandai daaah nak jejalan ngan kawan uitm selalu ngan gengsampaicicit je sampai bosan gak tengok muka diorang je. Kahkahkahkah. So tis time pergi lah Cherating sebab alaaaaah bosan sangat dah kalau nak pergi bercuti kat Melaka lagi kan. Kitaorang gerak dari Segamat terus sampai Cherating dalam 2 jam sengah je yang tu pun banyak berenti depa berdua ni asyik nak makeup jeeeeewwww malas tau iolls layaaaan. Trip ni pun sekejap je pi 2hari 1 malam je sebab cuti weekends je bukan cuti mid sem ke mende keee. 2hari1malam tu pun macam dah cukup je pasai malam pun kitaorg tkde buat papepun sebab tkde tempat menarik pun nak dilawati kat Cherating ni. Tapi kalau bab makanan memang da bomb laaaah. I likeeeee

Next, kitaorang bertolak awal gak sebelum pukul 9pagi gitu ye laaah perjalanan jauh kan ekelehh hahahahahaha



Otw pergi tuuuu. Tgok si Amy ngan Khai tuuuu mekap kemain tau korang mentang mentang aku yang drive tahap bergantung harap kat bibiaq cheq yang tebai tu jeeeeww. Cehhhh




Yeaaay dah sampai Kuantan setelah lebih kurang dua jam main potong potong ngan lori balak hahahahhaa banyak betul lori yedak kalau jalan Segamat-Kuantan tuu. Jalan lak satu lane alaaa jalan kampung kan so tkyah bayar tol laa

Memula sebelum direct terus pi Cherating, kitaorang singgah dulu kat Teluk Cempedak. Teluk Cempedak ni tak jauh pun dalam 20 minit je sebelum sampai Cherating tuuu and laut kat Teluk Cempedak lagi cantik dari Cherating, Swear!! Tapi sayangnyaa tempat dia tk besar mana pun and tkde any chalet pun kat situu. Kitaorang singgah dalam sejam jeee(Lama lak jugak tu) hehehehehe. Nah belanja gambar kat Teluk Cempedak


Apalaah makmenon main celah celah batu tuuuu

Lelepak sambil menikmati mcflurry. Kat teluk cempedak tu memang banyak cafe/restaurant seperti chatime kfc ngan mcdonald. 




Khai tkmau masuk air sebab dia tkmau kecah kecah nanti nak masuk kereta pulaaak.Cukuplah basah sebab berpeluh katanyaaa

Next, baru laah sampai Cherating. Masa otw pi Cherating tu hujan lebat ngat plus orang baru balik solat Jumaat ngan sesaknyaaa jalan masyaAllah. Pastu nak cari chalet lagi kaan. 2 weeks before nak pergi tu memang dah survey satu chalet ni. Harga quite cheap laaah and maybe cheeapest laaah among the rest which is RIVERSIDE BEACH CHALET(tekan nama chalet ni kalau nak baca review from tripadvisor). Kitaorang ambik family room okay lah tuu 1 queen+1 single bed. Ngam ngam laaah only rm90 per night. The location memang terbaik lah bebetul tepi laut best laaah jalan kaki je nak golek pun boleehh memang sampai sebab memang dekat sangat. Tapi yang tak bestnyaaaaa kipas ada tapi tk berfungsi memang ceeeehhhh lah pastu ada aircond tapi conditon aircond tu memang terrible laaah hidup segan mati tk mahu lah kiraaa. Memang panas habis laaaah tapi quite okay lah tepi laut kan kengkonon je lah akan sejuk. Tv memang tk leh hidup memang out habislaaaah. So bilaa dah balik baru bukak tripadvisor untuk chalet ni memang semua review chalet ni teruk nak mampos. Cuma location je laaaaah yang best sebab tepi laut. Tapi overall chalet ni benci benci benci. Tapi apakan dayaa yang ni je kan murah plus sib baiklah nak tidur satu malam je ketidak memang sedih laaaa
2 queen + 1 single.
 Tapi aku punya bilik tkde pun katil single tu cuma tilam je semata. Teruk betulll

Lepas check in, kitaorang solat semuaa kemas kemas semua pastu tukar baju laah kita sebab nak ke laut. Kesedihan dengan chalet diubati dengan bunyian ombak dari laut. Cehhhh. Tapi kan baru lepas hujan so pepahaaaam laaah ombak memang besar so kitaorg tak berani pun nak mandi sebab takut kaaan dah lah kitaorang je ada masa tu ye laah weekdays kan pastu pukul 3 lebih lak tuuu gilaaa betul mandi waktu matahari masih terpancar sinarannya. 





Tengok diorang pedajai akuuu



 Next petang tuuu yadayadayadayada naik je dari pantai terus sesiap nak kuaq nak pi cari makan yang best best. Kitaorang pi masuk Terengganu jap area Kemaman je cari Warung Aziz Satar yang terkenal ngan kesedapan satarnyaaa. Dari Cherating ke Kemaman ni dalam 10 minit je kalau naik kereta ye anak anak. Kat situ kami makan laksam, akok, kopok ikan, satar, otak-otak ( Ya Allah terbayang keenakannya)





Balik dari situ kami just jejalan cari ole-ole pastu makan malam kami makan seafood kat satu restoren tu tapi ampun tak ingat dah nama restoren tu tapi sumpah sedap gak.

Esoknyaa,

Pepagi cam biasa dah cari laut laaah apa laagi kaaan






Dah habis mandi mandaaa moh ler kita sesiap nak balik dah sebab esoknyaa dah kelas. So kbai

End of shortvacay




Tuesday, March 1, 2016

Ekspedisi Mendaki Broga Hill

Hai uolls. Next trip yang I organize for my #gengsampaicicit is Broga Hill. Yeayyyyyyy. Diorang patut rasa bersyukur sebab aku ni rajin bab bab trip ni plus aku ada transport+driver. Broga Hill ni terletak di Semenyih. So dari Shah Alam ke Semenyih ni kira kira sejam je perjalanan.

Here we go. Actually pergi bertiga jeee yang #gengsampaicicit because of wedot, gee, shu tak cuti. Najwa mak tak kasi. Najwa ni memanjang mak dia tak kasi sama yg macam pi Melaka ritu. Then Nadia pulak sakit jantung takleh penat penat sangat. So tinggal lah aku, chap dengan tasya.

So kitaorg bertolak kul 4 dari Shah Alam. Gigih tau bangun awal pagi demi Broga Hill tercinta. Chap memang tidur rumah aku then gi jemput tasya kat rumah dia trus bertolak Yeayyyyyyy tapi aku rasa macam dalam dekat pukul 4;30 lah jugak bertolak. Pastu sejam kemudiaaan sampai lah di kaki Broga Hill. Kalau taknak jalan jauh parking lah kat tempat ladang kelapa sawit tapi kena lah bayar RM2 untuk parking tu. Nanti ada amoi jaga. Dah tanah dia kan sukahati dia lah nak buat apa.

So ekspedisi bermula dalam !0 minit sebelum kul 6 gituu. Awal awal aku dah penat tapi takpelaah bertahanlaah pastu coach aku suruh berhenti jap kat satu point tu minum air semuaa and bila dah start balik tu semuaaa panjat sana sini pegang tali sana sini iyah iyah waca wacaaaaaa tetibeee dalam 10 minit kemudian chap dah rasa semput. Macam pancit lah kiranyaaa. Padahal chap ni sehari sebelum tuuu dia dah siap senamrobik sejam kot demi stamina last last pancit gak. Kalau boleh kat setiap batu yg dia jumpa dia nak berhenti duduk sebab sumpah dah tak tahan gila penat kan. So aku ngan tasya lah memimpin tangan Chap plus memaksa dia untuk atleast sampai puncak satu. Dia ada 3 puncaak. Tapi beza puncak puncak tu tak jauh pun. Cuma nak sampai puncak satu tu yang payah. Himah kegigihan dan kesabaran serta ketabahan makaa kami sampai lah jugak di puncak pertama sebelum waktu subuh habis. Merasa laah jugak solat subuh di puncak bukit kaaan


Ni masa memula sampai. Belum cerah pun laaagi


Ni masa dah cerah sikit


So yang ada bukit kat bahagian kiri tu Puncak 2. So naik lagi yg nun di sana tu belah kanan tu puncak 3.


Hello. It's me


Tasya and I


Chap and I



Geng memimpin chap ke puncak Broga Hill

Ni semua view dari Puncak 1. Kitaorang tk naik sampai puncak 2/3 pun sebab lepas ni nak gerak negeri sembilaaan. Yahoo. So turun balik sekejap je kan tetambah chap lah orang paling laju turun. Then turun singgah Restoran Jazeera kat Semenyih tu kedai mamak pekena roti canai sama teh tarik duluuuu laaa.

So buat apa pi Negeri Sembilan ni? Saja nak pi mandi ayaq terjun semata semataaa. Hahhahahahahah kitaorang pi Hutan Lipur Jeram Toi yang terletak di Kuala Klawang eh cenggitu kot eja dia. Sejam je perjalanan dia dari Semenyih guna jalan lama lah yang pasti.





Kat bahagian ni serious dalam tu yang iolls takut tuu. Kalau masuk sini konfirm tenggelam terus.

Okay. Thats it. Jumpa lagi pada next post kisah next trip. Wakakakaka



Friday, January 1, 2016

Malacca Trip

Hello Im back for good

Kali ni nak update kisah my malacca trip. Actually setahun berpuluh kali pi melaka kalau dengan family. But this time ngan kengkawan ngan geng kan haruslah macam kenangan terindah sikit for 2015. We have 8 members in the group but only 5 orang je boleh join. Ampunnn ye Shu, Natasya dan Najwa cannot join us this time but next trip insyAllah tempat lain pulak lagi menarik lagi fun ye dak tkde rejeki cemana

So we went to malacca from 8 Nov 2015 till 10 Nov 2015 ( lamanya dah pi baru nak update sekarang) and stayed for 3 days 2 nights @ Chalet Angsana Edayu Pengkalan Balak. The chalet quite good which is ada dua katil queen and satu katil single but kitaorg cantum je tiga tiga katil boleh golek golek kan. Aircond pun kuat plus sejuk nak matik kitaorg (Cap dengan aku je) tidur pakai telekung kot. Pastu memang selangkah je nak pi laut. Tempat makan kedai kedai semua sumpah dekat je jalan kaki memang semua di persisiran pantai.


First day
Kitaorg decided to wear kotak-kotak outfit saje je ngada kan nak sesama first day kan. So nah;


Ni kat depan chalet dah. Satu sebab aku suka chalet ni opkos sebab warna pink. Hihi



Ni masa on the way to malacca before everyone tidur kecuali aku hahaha

Then lepas sampai tu check in chalet semua cop katil bagai pastu terus salin baju sebab cap dah tak sabaq nak terjun laut. And, everyone tak bawak sunblock. APTB. Diorang kata kalau diaorang pakai sunblock pun tkde kesan pun. OK aku tak terfikir pun and taraaaaa terjun laut time;


 
Ni first day opkos muka sesuci lebaran lagi. Maapkan pipi pau saya yang hot the kevavoom tu

Balik dari pantai masuk bilik tidoq plus tgok movie kay aku tidur paling nyenyak sebab aku tk tidur kan dalam kereta. Then malam kitaorg pi Jonker Walk Night Market. First time ni pi seronok lah gak walau pun tk beli apa apa;



Dah lama tak pakai spek keluar selalu pakai lens. Dah macam badak dah muka aku ni kekadang

Jonker Walk kan chinese yang juai so takkan lah nak beli kan bau dah sedap dah semua tapi sayang chinese pulak aku just beli coconut shake je yang tu pun melayu yg juai kat hujung hujung tu. last last balik chalet dah pukui satu pi bungkuih nasi goreng sorang sebungkuih makan pukul 1 pagi ohh. Oh ya Jonker Walk ke Pengkalan Balak mengambil masa sejam tau perjalanan. Sangat lama


Makan pukui 1 pagi

Second Day
Second day ni kitaorang pakai baju trip. Memang ditempah khas untuk trip ni. Geng Sampai Cicit katanya. Kitaorg pi berjlan semua dok baca tulisan baju ni tetambah hashtag gengsampai cicit tu kan




 

 Hari Kedua ni rancangnya nak jejalan Bandar Hilir pi jejalan naik St Paul pi A Famosa lah bla bla tapi sayangnya hujan so sempat pi Rumah Terbalik je. Pi Rumah Terbalik Melaka ni not worth pun dah lah Rm15 sorang. Masuk untuk ambik gambar je. Tapi takpelah at least merasa lah jugak kan dari tkdee. Sekurangnya kang nanti ada orang tanya boleh kata dah pernah pergi. Cuma silapnya second day tak ambik gambar pakai baju trip ni ramai ramai. Ketidak mesti cantik ye dak


 Gambaq ni malas nak rotate huhuhu

Sebab hujan so tkleh jalan mana lah kan pi rumah terbalik pi dataran pahlawan beli souvenir makan sat pastu balik chalet sebab cap tak shaba sangat nak main laut lagi kan. Mana lah tak berkeritam muka eak. Heheheheeh

Third Day

Third day lagi lah tak pi mana pepagi tu pi mandi laut sat pastu tiduq balik pastu sesiap nak balik rumah dah sebab 10 Nov tu public holidays kan so takut jalan jam


Ni pepagi lepas subuh dah keluaq pi main pantai






 Yang ni time nak balik dah. Acah acah sedih lah lepas ni tak jumpa dah entah entah lagi 5 tahun nak jumpa ye dak. Lepas ni lagi sibuk memanjang

Kesimpulannya, aku bawak banyak tudung macam macam warna tapi end up aku pakai tudung hitam je sebab malas nak iron. Iron dah lah ada stau je nak berebut semua memang luar bidang kuasa aku.

Kat bawah ni aku bagi no tel untuk chalet kitaorg stayed sebab aku rasa worth sangat chalet tu. Thank you. Babai


Chalet Angsana Edayu, Pengkalan Balak
017-3694326
012-6194822
03-3853493