Showing posts with label my fams. Show all posts
Showing posts with label my fams. Show all posts

Wednesday, November 16, 2016

Langkawi

Finally, langkawi after 16 years. Bapak lama nak matik tak pi ke Langkawi last pergi tahun 2000. Sedih ngat hidup aku. So, kali ni pi vacation dengan family pulak, Asyik dengan kengkawan bosan gak. Pergi sehari selepas raya haji yelah waktu tu lah semua cuti fikir senang ke nak kumpul semua even 5 orang je. Susah tau.

Day 1

Kitaorang gerak dari rumah (Taiping, Perak) kul 4 pagi. Gigih benar tau pepagi buta bangun tapi sebab semangat kan apa salahnya hehehehe. Kitaorang naik kereta je tk kuasa nak naik flight bawak pinggan mangkuk yg bakal mak aku borong hehehehhe. Dari taiping ke jeti kuala perlis tu tak lama pun lebih kurang 3 jam. Kitaorang sampai jetty pukul 7. Then terus ambik tiket ferry yang tu pun dapat pukul 10pagi punya. Ramai orang bakhang yelah time cuti kan ek ek ek ek. Sementara nak tunggu naik ferry tu kitaorang brekfast kat kedai makan situ ada banyakkkk kedai makan so takyah risau hehehe tapi ramai lagi manusianya. Tiket ferry ni sorang rm18 tau untuk dewasa. One way je takde makna beli return ek hahhahaha tapi nak senang book je online sebab kalau peak season selalu tiket habis awal. Kitaorang pun pukul 10 tu dah akhir akhir dah. Ayah taknak book online sebab takut tk sempat nak kejar masa tu. Dia pun malas nak struggle hahahha. Pastikan tiket ferry untuk datang langkawi tu disimpan sebab nanti masa nak balik kastam nak check oi kalau lebih 3hari 2malam baru dia kasi bawak pinggan mangkuk banyak set.

Naik ferry kul 10am yadayadayada kul 11 sampai lah Langkawi hehe seronok ngat. Btw, saja nak bagitahu aku pi langkawi ni bawak rm7 je tauuuu tu yang syoknya pi vacation ngan bapakku pulanggg dari kota. Hehe. Sesampai tu penuh gilaaaa arrival gate dengan kereta sewa yang berlambak tunggu pelancong tapi malangnyaa kereta sewa kami tak sampai lagi. Jalan jem katanya, Takpelah sabar je lah tunggu situ di bawah mentari yang menyinar. Kereta sewa ni ayah dah book sesiap dari rumah. Kalau tak book pun tkpe sebab nanti bila saat je korang keluar dari situ ramai orang yg bisnes kereta sewa ni tunggu sambil menawarkan kereta memasing. So takyah risau. Harga pulak pepandai lah tawar menawar. Kitaorang sewa kereta Alza even 5 orang sebab gemuk gemuk ye memasing harap maklum hahahhahahaa rate pun okay rm200 je untuk sepanjang 3hari2malam di sana. Owner kereta ngan homestay orang yg sama je ambik package terus senang sesenang kacang pis. Dia jemput kitaorang then terus bawak gi homestay yang terletak di Pantai Cenang (forever love pantai gi memana pun). Tapi disebabkan homestay dia takde lah bebetul tepi laut tapiiiiiii kira dalam 7 minit lah berjalan dah sampai pantai. Dekat ke idokkkk??? Dekat lahhh. Mak aku lah ni beriya nak homestay tak mau chalet sebab ada dapur, mesin basuh ngan fridge. Lantak pi lah bukan aku yang bayaq hehe. Nama homestay tu Alor Senari Homestay. Satu malam rm250 je tapi best gila nak matik. Bilik ada 3. Total katil semua 5 queen. So boleh masuk paling kurang pun 10 orang dewasa lah tapi kitaorang bantai je 5 orang tak pasai pasai dapat satu katil sorang hehehe. Best homestaynyaaa. I likeee



checkitout their fb (tekan link kat nama homestay tu)kalau nak tengok dalam rumah acane plus contact no semua ada. Tapi homestay ni recommended tau tetambah yang pergi satu family reramai

Dah check in homestay pastu rehat pastu rebut bilik pastu mandi solat semua after zohor keluar lah kami menuju ke Kompleks HIG heheehehehehe kat sini mak aku borong set pinggan mangkuk sampai 5 set. Nasib baik anak sado sado boleh tolong bawak sorang satu haha coklat takyah cakap laaah. Sebenarnya banyak je lagi tempat jual coklat macam coco valley, plaza cenang apa lagi entah mmg banyaklahhhh and harga beza seposen duaposen je so kitaorg decide takyah nak ikut sangat mana yg murah beli je lah sekali semua satu tempat senang hahaha biasalah guna duit ayah kalau duit aku mungkin akan dipertimbangkan balik. Ambik ambik punya coklat penuh satu troli pastu scan scan taraaaaaaa rm790 HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA inilah penangannya tak pi langkawi dah 16tahun balas dendam sungguh.


                             
ni masa baru 10 minit dah hampir penuh troli. Maapkan kami pak!!!


                                 
penuh weh satu fridge sampai bekas sayoq pun duk bubuh cekelat


Aku ada beli herseys spread ni. Murah je rm13 tapiiiiiii biasa je. Aku lagi suka nutella

(Gambaq pinggan mangkuk takdak lak ambik) hehe. Then pi lah pulak Dataran Lang. Tempat ni sebenarnya dekat je dengan jetty pekan kuah tadi cuma tadi tak singgah so petang la baru singgah. So macam biasa lah orang ramai gila nak matik ambik gambaq kat sini dah lah petang tgh panas terik


cari mak pak kami dalam gambaq ni hehehehe
clue; huruf K dengan A

gambaq azhan takde sebab dia mmg bukan pesen bergambar punya orang. so abaikan dia

Balik dari sini ada lah kitaorang singgah supermarket jap beli barang dapur. K tu je malam takde buat apa sebab memasing penat kan sebab dah bangun dari awal pagi. So tidoq je lahhh

Day 2

Pepagi mak dah kejut sebab nak pi naik cable car kan kang lambat ramai beratoq kan payah. So bangunlah mak jemahhh yang kesejukan ni. Tak breakfast apa terus pi skycab kat Gunung Mat Chincang. Dia kalau cuti bukak kul 8;30 tapi kami sebelum 8 dah sampai tunggu je lahh. Dia ada banyak pakej tau tapi kitaorang ambik yang basicje. Sorang rm30. Skycab, skydome ngan skyrex. Skyrex ni 6D best lah tgok dinasour pastu main lawan lawan 

google kalau nak lebih jelas hehehehe

Setelah beratur beberapa minit dapatlah naik cable car. First time kot so jakun sikit hhahhahaha










ni masa kat atas gunung tu. Sejuk ngat. Tengok pak kami buat perangai muka tu muka tu hahahhaa

ni la skyrex pakai spec 6D


Dah habis main semua baru makan kat situ ada kedai makan kat situ dekat ngan carpark. Dah ah sedap nak mam pastu murah lak tu. K ayam dia sedappppppppppppp. Jap lepas tu pi mana lagi eh. Oh kami pi kompleks HIG lagi sekali beli lagu satu set pinggan mangkuk pastu baru beli souvenir untuk milah,peah,jemah,tehah,joyah dll. Then gi jetty lak untuk ambik tiket untuk kesokkan harinya nak balik dah hmm cedih

Petang, kami pun pi lah area airport nak makan laksa ikan sekoq yg terkenal pom pom meletop tuuuuwwww. Tapi malangnyaa laksa je ada ikannya dah habis sedih je. Nanti gi langkawi lagi sekali aku nak gi makan lagi

ni malan bawah pokok rendang sambil angin sepoi sepoi bahasa






sambil tunggu sunset lalalallalalallalala. Ni kat pantai airport kot gitu nama dia

sunset kevavooom

Day 3 aka last day

Tikt ferry pukul 11;30. So kul 10 dah nak gerak pi jetty sebab nanti nak lalu kastam lagi semua yadayadayada kan. So pepagi tu takde buat apa pun. Just pi pantaiiii. Nama je duk pantai cenang tapi tak pi pun pantai. Harini last je lah pergi




The End.
















Tuesday, December 3, 2013

Cameron Highlands

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia everybody .

Amboi rajin bebeno diri ni nak hupdate blog . Rupa rupanya banyak lagi aku tak cerita kan dalam blog nii . Ohmy , rindu nya nak menaip malam malam . FYI , aku update post malam malam je ehhh yang tu pun sebenarnya tgh malam sebab baru ada feel nak menaip kan . ye dak .

so , selepas mengharungi minggu minggu yang mencabar which is lepas PAT break jap 2 minggu terus SMA . adoiii , sampai terpk dalam otak ni , I reaaaaalllllllyyyy  need a vacation . sampai ada satu masa tu ajak Wa gi Penang tapi tdo bawah jambatan je lah . save budget . hahahaha . habis SMA hari Jumaat esoknya terus flllly ke Cameron Highlands . okay , naik bas sebenarnya . hahaha . kami pi Rombongan Cik Kiah tauuu . ehh , maybe Rombongan Cik Rose sebab ketua rombongan ni Cik Rose . hahahaa .

So , 17th November 2013 . tgh malam  tu (12:30am) kami bertolak ke Cameron Highlands dengan menaiki sebuah bas yang bernama Permata Nurizz ( buat karangan espiyem ke kak ) . sebelum tunggu bas tu sempat lah aku layan cerekarama kan . Sarah dan Hajar lagi . aku takkan tinggalkan cerekarama ku sayanggg . kehkehkeh .masa perjalanan tu nasib baik lah aku tidur krooooh kroooh kan . kalau aku terbuntang mata memang muntah lah aku . ye lah jalan nak naik gi Cameron ni kan kalah ular kena palu . kitaorg naik ke Cameron ni lalu Tapah . tapi jiran aku kata kalau naik ikut Simpang Pulai takde pening sangat sangat .

dalam pukul 5am camtu dah sampai Brinchang . depa pakat turun lah kan nak pi masjid . mandi , tukar baju , solat subuh teruss . and drebar bas pun pi la tido kat dalam bilik dia di belakanggg bas . gile kau aku nak turun time time ni aku lagi tarik selimut ada lah . sampai jadi hantu bungkus dah aku rasa tdo dalam bas ni . sejuknya yaang amatt . lepas azan subuh , kakak aku dah ajak turun gi solat then tukar baju . kau gila pepagi cenggitu dgn hujan nya lagi aku nak pi mandi . air mengalahkan ais fridge akuuu . kehkeh . nak ambik wudhu' pun terkangkang kangkang ni kan nak mandi . aku rasa satu bas aku tak mandi tau pagi tuuu . just tukar baju and solat then gi lah breakfast . nasi lemak dia 3 hengget kau tahu . nasib baik aku tak ambik lauk ayam , kalau tak kopak mak aku tau . hahaha

pukul 8 bas gerak . first , kitaorg gi Rose Valley . Rose Valley ini terletak di Tringkap . kitaorg lawat sini dulu bersempena dengan nama ketua rombongan kitorg Cik Rose . kehkehkeh . masuk sini dewasa , RM4 . kanak kanak , RM2 . sapa sapa yang bajet diri tuh cam kanak kanak boleh lah dapat harga murah je . kehkehkeh . tetibe teringatkan najwa . ehhhh , najwa dah gemok oh sekarang .



People , this is Ema Mambung
Ema , these are people



Bunga Lavender


Mama in the garden . ngeh ngeh



Frankly speaking , bunga rose ni wangi wangi ohh .
yang bunga ni memang kuat bau rose scent dia .
yang macam kat kedai kedai tuu




alahai . comel nya depa niii
mak ngan kakak sapa la ni ?



aku memang takleh cover duduk terkangkang ehh


nasib baik tau aku berat , kalau tidak dah lama aku bergayut kat bunga bunga juntai ni tau




*candid*
mata hilang sebelahh


dengan Mei .
hai Mei !
*kawan since darjah dua*
lalalalalala


aku tak faham kenapa rose valley ni bertingkat tingkat .
banyak betui bunga dia naa

then , kitaorang ada pi ke Sungei Palas Boh Tea Estate . mula mula masuk kilang dia , tgok cara depa dok proses dari daun teh sampai nak jadi serbuk teh nya . ada satu part tuh daun teh ni digilis gilis . macam bau daun inai pun ada aku rasa . pemetik daun teh ni takde orang melayu sebab apa kau tahu . sebab gaji diorg based apa brp kilo diorang dapat petik daun teh ni . sekilo = rm0.20 .kalau aku dah lama pencen . yang ni pun pakcik bas sekolah tu yang bagitahu . kitaorg naik kawasan ni kena naik bas lain tau . bas persiaran yang kitaorang naik tu parking dekat bee farm then ada bas sekolah mai ambik untuk naik ke kawasan ladang teh ni . bas sekolah ni kecik sikit lah . takkan nak angkut bas persiaran besaq gedabak naik kawasan gunung ni kann . naik sini pun aku rasa macam naik roller coaster dah .dah ah 20 minit baru nak sampai atas then jalan dia pergghhh . besar sikit la dari kangkang aku . kalau sisih ngan kereta kitaorang dah cuak , ni ada sisih ngan bas sekolah jugak . ingat mati  betul part ni . nasib baik la pakcik drebar memang cekap . class kau pakcik Muthu . ehh , kawasan aku pergi ni depa kata tempat aaron aziz ngan lisa surihani berlakon . ala cerita ombak rindu tu . part depa bergaduuhh . 


welcome welcome , selamat datang selamat datang
*tetibe teringat pekerja hinode shop*







Cik Ina , Ema , Effy , Cik Rose ( muttawif kami )
Cik Rose sejuk sentiasa


Mama buat muka poyoss





scene ni aku ambil time nak turun bawah balik . ambik ikut tingkap bas . takut henfon aku melayang . doa dalam hati panjang tau . dah ah bas tu boleh kira laju jugak la sebab ramai lagi dia nak ambik bawak naik atas kan 

tgahri cam biasa , pergi makan kat foodcourt . masa kami pi ni dia panas terik tapi sejuk ahh . tapi lemak banyak dalam badan so tak rasa apa la sangat . ohh poyo betui aku ni . kitaorang gi pasar untuk beli apa apa yang patut means souvenir ke apa ke buah stelobeli ke . kalau macam kaum ibu boleh borong banyak sayur . jagung lah , bawang lah apa lah .a ku pun tak tahu . yang aku tahu aku makan stelobeli coklat ngan emaa . haha



ini budak manyak makan maa . asyik membeli stobeli cokelat je keje dia .

then , kitaorg gerak gi YZ Agro Farm . ala tempat izara aishah ngan aiman hakim ridza pergi masa depa dok honeymoon dalam cite Vanila Coklat tu . ha , ni lah tempatnya . Ladang Stobeli . kat sini boleh petik strawberry dengan tangan tangan anda sendiri . sekilo = rm50 . ambik kauu . aiskrm Malaysia perisa strawberry pun rm1.50 tau . kami hanya mampu melihat dan sebak . kehkehkehek




manyak gewam maaa


mak mak vogue gitu .

habis tu kami semua sepakat nak balik dah . ada sekejap dia nak singgah Cactus Valley . kami pakat jerit , TAK NAK TURUN . NANTI LAGI BANYAK HABIS DUIT . padahal masa tu makcikmakcik semua dah habi s beratu ratus . diorg dok borong saayur sayuran punyalah banyakk . balik tu ada singgah jap kat Lata Iskandar . tapi , aku tak turun pun . sikit je yang turun untuk gi tandas , gi ambik gamba and ada jugak yang gi beli tongkat kayu asli tu . aku pun tak tahu apa fungsi je . biaq pi la . then , bas gerak . aku terus tidur dengan amannya . hehe . kitaorg pi CH ni sehari je . tak tidur mana mana pun . just bayar duit tambang bas je . jimattt kau jaah .