Showing posts with label event. Show all posts
Showing posts with label event. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Untuk Terakhir Kali

Assalamualaikum guys

Hi , seperti biasa hukhuk hukhuk . hampir 3 bulan tak update so far banyak benda yang happened selama 3 bulan yang tak berapa lama ni . so , post kali ni just  nak focus untuk satu event which is event yang diconduct kan oleh kami form 5 . untuk terakhir kalinya , untuk kali terakhir , untuk tahun terakhir di bumi barakah bumi samttaj ni , memang dikhaskan event Sambutan Hari Guru , form 5 yang akan conduct

Bermula pelbagai masalah dan rintangan yang dihadapi last last menjadi jugak even after event ada masalah sikit timbul dari pihak yang tak sepatutnya . yela hari guru kita nak sambut guru bukan sambut murid ye dak ? ok , tu cerita lama . tutup kes tutup kes . sambutan hari guru tahun ni memang dibuat pada 16 May 2014 iaitu hari Jumaat . hari Jumaat yang singkat waktu persekolahannya dan memang tak cukup masa untuk buat aktiviti sukaneka guru dan majlis rasmi di dewan . tapi nak buat cemana ye dak . yang tu je masa yang ada . and finally , even masa tu form 5 tengah periksa PPT , kitaorg struggle juga untuk terakhir kali conduct or handle this event . Alhamdulillah

tema hari guru untuk tahun ni , KAMPUNG MAGIKA


ni masa ketibaan barisan pentadbir dan guru guru 
lelaki yang pakai baju batik tu Pak Pandir


Perasmian oleh Pengetua
diiringi oleh Bawang Putih dan Bawang Merah


guru guru masa nyanyi lagu Guru Malaysia , kitaorang yang nyanyi lebih 
cikgu cikgu kena pakai baju coklat . ye la kampung la katakan



barisan pentadbir . penat aku cari yang pentadbir duduk atas pangkin atas pentas tapi tak jumpa lak . takde rezeki nak tayang kat sini


masa sesi cabutan bertuah 
yang pakai kain batik tu nenek kebayan namanya



dah habis majlisnya . sebelum tu bergambar dulu satu batch form 5 .
Alhamdulillah . kenangan terindahhh
yang bestnya , tercapai jugak perempuan pakai baju semua dan baju tu namanya baju KBAT
*ini dari sudut depan , anda tidak tahu apa yang terjadi di bahagian belakangnya*

at last but not least ,

kami bertiga selamanyaaaaaaaa
*duduk atas pangkin*




Wednesday, November 27, 2013

A long time

Hello everybody and Salam 'Alayk .
Satu tempoh yang agak lama untuk aku tinggalkan blog ini . Guys , aku tak pernah lupakan blog ini . kat sini lah tempat aku mencurahkan kasih sayang aku tau . rindu gileerrrr lah kat blog ni . K , diam effy diam ! Tak adil lah kan sebab aku asyik update twitter ngan instagram je .

So , last update malam raya . diulangi MALAM raya . so , ofkos takde gamba raya lagi kan dalam blog ni . so , now aku nak post a few gamba raya untuk tahun ni . Ehemmmm , bukan aku nak post gamba basi or lama kay just nak jadikan gamba tu kenangan kan .


ayahmama . sampin ayah hilang tah mana . mama pun dah tukar baju . petang raya .



anak anak mama dan anak anak pakndak



ni entah kenapa . si pendek sibuk jongketkan kakinya nak sama tinggi konon . dalam masa yang sama aku gi rendahkan badan lak .


dengan aida sepupu paling kecik anddddd tak dilupakan si buyat . 
BUYAT FIRST TIME RAYA



kami . si adik , mama , si kakak
btw , tahun ni raya kami bertiga je kat kampung . azhan sama ayah raya shah alam dulu . waaaaa . tghari baru depa sampai kampung 


3rd raya 
MUZIUM LENGGONG
*kami pi raya rumah tokcik ngan toknjang kat sana . pakndak excited nak singgah sini 



kami berlima . This is our only family .
ehhhhhh , ustazah tok pun ada di depan tu




next ,
aku nak share gamba aku ngan kekawan ke PPAS . aih , macam takde tempat lain je kan . erk , act kat situ ada program ngan A.Samad Said .



najwa si bambam


A.Samad Said


Gee , Effy


Tasya , Najwa , Effy
*kawan paling baik + rapat + gila gila . I lap depaaa . haha

1 Oktober dah start Peperiksaan Akhir Tahun , gila awal kannnn . tengah tengah exam tuh kau tahu aku sempat gi Terengganu okayyy . ehhhh , bukan nak jejalan makan angin . gila hapa tgh nak exam boleh sampi sana . act , bawa rombongan pengantin kawan mama ayah andd ,kitaorang naik bas tahu pi sana . pengantin pun naik bas . hehe . Kenduri kat Seberang Takir and lepas tuh kami pun pi lah jalan jalan sat . Pasar Payang , Masjid Kristal , Marang , Kerteh dan sebagainya . alang alangkan sampai sana baik pi jelajah satu terengganu tuh walaupun tak pi mana pun . 




Effy , Mama
*sandal rembat adik dorm punya*



aku tengah makan aiskrim susu kambing . sedaaaaap punya
Terbaik dari ladanggggg . haha

11 November - SMA started . banyak kisah time minggu SMA . nak cite sini memang tak habis lah kan . kene buat entry lain . maybe untuk akhir tahun ni .




lastly , sorry bebanyak sebab lama tak hupdate blog . diri ini terikat dengan banyak hal . KBAI . Lap you alll






Monday, December 24, 2012

x.x Bookworm Dreamland x.x

WELCOME TO THE WORLD'S BIGGEST BOOKSALE !!

masa aku tgh ber-fb- satu hari tu , aku ada nampak kawan aku pergi booksale kat the mines ! tgokla gambar gambar dia . fuyoooooooooo ! banyaknya novel !! nak pergi , nak pergi !! then , call kakak aku yg masa tuh dia tgh tunggu flight balik sini ( sangat mengada ini budak , baru 3 minggu pergi sana , dah nak balik sini ) ajak dia pergi the mines esoknya . pastuh aku ajak aimi si rosak gigi . dia pun nak ikut .

then pepagi buta pergilah kami bertiga ke kajang . ehh ! buat apa kat kajang ?? apa lagi , pergi ambik si pedhot gemok lah . barulah kitorg gerak ke the mines , seri kembangan . hehe




Aimi Shafinaz


banyak gila novel


ni kat pintu keluar hall ni


ni novel novel yang aku beli .
sangat sangat and sangat murah because 75%-95% discount





ni masa breakfast
lalalalalalalala








Sunday, December 16, 2012

<> Wedding <>

hari ni aku pegi wedding dua pupu aku kat TTDI . anak sepupu ayah maksudnya dua pupu aku lah kan ??? so sampai sana dalam kul 11.20am . 20 minit je dari rumah . so sampai sana mask rumah dia bersembang + bergosip lah kann mak bapak aku ni . yelah satu kampung kan . kat kampung aku tuh macam tradisi pulak kawin dengan orang kampung jugak . maksdnya boleh dikatakan satu kampung tuh saudara mara lah kan . pening kepala aku kadang kadang . so , kenduri ni buat kat perkarangan masjid ttdi . almaklumlah ayah pengantin ( sepupu ayah ) tuh bilal kat situ .

 dalam pkul 12pm tuh start gerak kat tempat kenduri tu . yang tuh pun sebab aku dah ngantuk ( biasalah kena bangun awal pagi tadi ) + lapaa gila sebab aku tak sempat breakfast . sampai sana aku makan serawa pisang dulu sebab breakfast lah katakan . takkan nak terus terkan nasi ye dak ? aku ngan mak aku dok kat meja hadiah kat depan pintu masuk tuh sambil mak aku sembang ngan kulaan ( saudara ) lain . hehe . hebatkan aku berbahasa banjar . kahkah . walaupun makbapak aku banjar tapi haram aku nak tahu bahasa depa . bapak aku masa ni dah jumpa kawan kampung dia terus bersembang dengan bahasa asing tuh so aku lari lah kat mak aku . aman sikit .

kul 12.30pm camtuh pengantin tiba . korg nak tahu tak bunyi kompang dia peliiiiiikkk gila . kompang indon diaorg kata . K lah . fineeeee . aku dgr je lah sambil urut urut dahi dia sebab kuat sangat .


ni team kompang indon diaa .


pengantin . lalala
* pak cik azman ( baju kuning ) leh tepi sikit takk ?? *

so sorry sebab muka pengantin tak jelas . sebab aku malas nak bangun . aku just ambik gamba dari meja hadiah yang aku duk je .



nampak tak lelaki pakai baju melayu kuning kat tepi tuh ? tu lah sepupu bapakku . hehe


ok . aku suka pengapit dia . ehh tak , aku suka baju dia . peplum dress .


mak aku tgh cari pe ntah ?


bapakku dengan kulaanya yang lain


mak aku tak puas hati ngan sapa lah agaknya ni .




mak + bapak *banjarians*


then balik dari TTDI terus singgah Mydin USJ . kat sana aku pergi bahagian bookstore lah wajib . sempat lah khatam beberapa majalah kat sana . hehe . aku sempat snap satu page . kuangkuang .


Dena Bahrin
Majalah Hijabista Dec '12 .
KBAI








Friday, May 11, 2012

yo !

yo ! bebe ! adoi suda berbulan aku x update blog niy . disebabkan kekangan masa la konon . hehe . minggu dpn da PPT . sekejap je rasa tahun niy . sedar sedar dah pertengaan taun . bapa lama je lagi nak PMR niyh . takot la pulak aku ! chil lha beb ! hehe .

sekarang ni aku just nak cerita ary tuh aku g kenduri kahwin anak kawn mak aku . kira macam kitaorg nie bwk rombongan perempuan lah . kenduri tuh kat Hotel Melang Inn , Kuala Pilah . so , aku satu family kecuali adik aku pergi sana . dh lha jauh gila tempat dia . saje je nak buat pening kepala aku dok dlm kete lama lama . haha .

ehh , jap aku nak post gambar kahwin tuh lha .

* tapi niy gambar nikah . aku x de lah gambar resepsi kat kuala pilah tuh *

haha . dh abis makan kat sana kteorg lepak lha jap kat lobi hotel tuh sambil gosip gosip ngan kakak tercenta . hehe


pastuh momma and ayah boleh turut serta posing lak ;

* gaya momma sangat lawak lha . hee *

okay ! aku rasa tuh jerh yg aku nak kongsi untuk kali ini . haha . bubai !


Sunday, February 5, 2012

hello

hai you guys !
okay , sudah lama sekali aku nggak update blog ini . so , homework puun banyaklah , apalah . biasalah orang nak PMR tahun nie . kene study hard sikit . sikit je puun .

sekarang nie kaki aku tgh sakit sakit . nak jalan puun susah . semua ini disebabkan roadrun hari tuh . disebabkan firqah al-farabi yg memang sikit org tuh menyebabkan aku kene lari jugak untuk dapatkan 2 point . haha . tapi kaki aku sakit lagi sampai hari niyh .

pagi jumaat tuh roadrun . ptg tuh bolehlah pulak cikgu buat kelas . aku dgn bangganya selamba jer balik umh . x gi pun kelas tuh .sebab kaki aku sakit sgt2 . (padahal mmg dah plan awal nak balik awal ) hehe .
malam tuh pulak aku g trolak , perak ngan family aku lah ngan sapa lagi kan . ada kenduri kat sana . esoknya pulak pergi tanjung malim pulak ada kenduri lagi .aku nie dah lah susah nak jalan . tapi gagahkan diri jugak untuk berjalan demi makan . haha .

okay aku kene balik asrama hari selasa niyh . bp hari jer lagi . dah la kaki aku x baik baik lagi niyh . macam mana laa aku nak g sekolah ??

haha . sekarangg niyh aku tgh obses giler giler kat cerita Vanila Coklat . huh ! Aiman Hakim ngan Izara aisyah . pelakon baru tapi best giler giler cerita niyh sampai sekarang aku dah gilakan cerita niyh . tapi malangnya nasib aku episode ni ada 13 jerh  . tapi aku x kisah sgt lah kan . tapi yg sedeyhnya cerita nie habis hari selasa minggu sebelum cuti semester bulan 3 nanti . YA ALLAH ! kenapa lah x habis masa cuti semester nanti . tuh lah yg menyebabkan aku sgt sgt sedyh ye sekarang . dah lah tgh giler degn citer tuh sekarang . Jadi , aku redha jer lah sekarang . haha

okay ! sekarang niyh aku nak sambung tgok balik vanila coklat . byep .

Monday, December 12, 2011

cerita hari ini

hye korang sumer !

minggu nie banyak sangat kenduri doe . kenduri tunang la , kahwin laa , sunat laa tahlil laa dan apa apa yang patut laa . aku paling malas betul laa kenduri kenduri nie ! malas giler nak pergi kenduri . aku puun x tahu sebab napa .

so , petang tadi pergi PAS . dah lama aku x jejak kaki kat PAS nih . ( padahal baru 3 minggu je ) . tujuan asalnya nak pergi beli baju sekolah aku . so , sampai sana Poh Kong Jewellary ada buat promotion sebab 35years anniversary diaorg kan . mak aku puun tengok tengok la . last last dapat la jugak kat mak aku sebentuk cincin ! haha . ayah aku kata hadiah anniversary perkahwinan dyeorg yg ke19 . haha . dah lama la jugak mak ngan ayah aku nie kahwin . padan la jugak sebab kakak aku puun dah tua ( 18 thn ) . 

okay , lepas tuh pergi laa beli kain sekolah aku , baju prep , kain prep , tudung prep ! asrama aku ni macam macam doe nak g prep pun ada baju doe . buat malu jer kot sebab dah la tyme sekolah kteorg pakai bju putih semua sama dia . malam pulak semua nak pakai baju seragam . warna biru pulak tuh ! tudung biru + baju biru + kain hitam ! Ya Allah , aku x dapat bayangkan keadaan aku tahun depan .

then , balik umah ! 

* esok aku nak beli coolblog lah !!

Wednesday, November 30, 2011

jom dengar aku membebel !

hye semua ! dah berpuluh puluh hari aku x update blog disebabkan aku ni agak malas dan agak busy sepanjang hari . haha . suri rumah laa katakan .

perkara pertama aku nak cakap yg 4 hari lagi parents aku akan balik ke Malaysia . rindu sama mereka . sebulan lebih woo x jumpa . mana laa diorg pergi nie tggal aku ngan adik aku lama lama .

perkara kedua pulak 24/12 nie kakak aku balik Semenanjung lagi . seronok ! paling hepi adik aku laa . masa kakak aku balik Sabah hari tuh sehari semalam menangis . asyik menghitung hari jer bila kakak aku nak balik lagi . kesian adik aku yg sorg nie .

perkara ketiga kisah PAT aku . result yg sangat terok . malu gila aku . aku puun x sangka aku akan dpt result macam tuh . tapi aku masih bersyukur laa sebab x de laa sampai kawan kawan aku yg lain yg nombor diaorg seratus lebih . mahunya masuk kelas taqwa atau zuhud atau sabar ( kot ada la ) .

keempat , sabtu nie aku akan pergi ke Sunway Lagoon . x sabar rasanya . tapi aku rasa macam malas nak pergi . dah la flight parents aku akan delay sampai 8 jam . dah sah sah la diorg sampai dlm pukul 3 camtuh . tgok la dulu cam mana . lagipun , aku x tau la macam mana nak hidup kat sana kalau parents aku x de .

perkara kelima , 7 December nie kami semua akan berjumpa di sekolah . rindu sama mereka . tapi x laa rindu sgt . sebab hari hari si Juliana ( Najwa ) suruh aku call dia . agak membuatkan bil telefon rumah aku melambung laa . tapi apa aku kisah ( kesian bapak aku ygg membayarnya ) haha . x pe lah ayah demi anak - anaknya .

p/s : bila nak 3 December nie ?? pastuh aku nak ajak ayah aku pergi picnic . haha

Saturday, October 1, 2011

Kemuncak KOKO

hmm,pg tadi sbnrnyer ade kemuncak koko . so ade mcm2 pertandingan la jadinyer . ade bola sepak , kawat kaki , tingting bulan n ade persembahan silat . aku ske persembahan silat . terpukau aku kat situ . haha .


yg nie persembahan silat lelaki . ketua dyeorg Paie aka Peah .


nie pompuan form 2 terdiri drpd natasya ( bff sye ) , fonot , atuk Iba , zahidah ngan Aimi .



silat pompuan form 3 .

  
kadet bomba nie berkawat yg first . dpt nombor pown first . pastu ketua platun dye , Muaz b Razlan dapat jd ketua platun terbaik .



KRS dapat nombor 2 . ketua dye Aiman Syahmi . 



PBSM dapat saguhati jer . ketua die Nad .


PPIM dpt no 3 . ain ketua dye . 

asalnyer , PPIM dpt first . pastuh dah la satu - satunya pasukan pompuan . pastuh dah x tahu cam ner nak hormat la kat mane tmpat dye . ain smpai nangis kowt . pastu kak lala bg tau cikgu rahim . last2 dyeorg undi lg sekali .

aku cakap kat mak aku yg ari nie ade hari kemuncak koko . pastuh mak aku tanya aku  buat kan puncak mana . sabo jer la ngan mak aku yg sorang nie . bubye .