Showing posts with label yummy tummy. Show all posts
Showing posts with label yummy tummy. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Cooking Classes

enjoy sangat bila kita spend the whole day dgn bff kita kann  kannnnn ? haha . so aku ngan aimi pun samalah . aimi pepagi buta dah jerit jerit depan rumah aku suruh buka pintu . budak ni memang selamba betul . lps aku buka pintu , duduk dalam bilik bersembang lah , online sama sama lah , kacau aimi , cubit dia lah . hahahaha

petang tuh , aku ngan aimi pun buatlah BUBUR CACA . yup . sedap gila . aku yang teringin makan bubur ni sebenarnya . so lepas mak aku balik dari kelas ptg tuh teruas ajak kitaorg buat bbur . sambil mak aku ngajar masak bubur ni . act , mak aku pun first time buat bubur ni . haha .


ni masa mula mula nak bagi warna warni tuh kembang


dah hampir siap . aimi si rosak gigi yang kacau 


yeay ! finally , makan sampai kenyang ! haha

*******************************UPDATE*******************************

lupa pulak nak letak resepi since ada orang email nak resepi kenalah letakkan .

BAHAN - BAHAN :-


* aku tambah gula melaka nak bagi warna perang + sagu *
* so yummy *

CARA - CARA :-



Tuesday, December 18, 2012

A project for a big surprise

Have a lot of laughs today ! hahaa
act , kitaorg akan me-surprise-kan inaa esok ( amik result PMR , cek dok ketaq lutut ni ) dengan hadiah kami GENG BUDAK FLAT .

so , semalam adalah projek besar besaran ntuk hadiah nak bagi inaa ni . ehh , lupa pulak nak cakap . hadiah ni sempena birthday inaa (11/12) . sama ngan vivy yusof tau olls . hehe

let's the story begin ;


aimi the 'rosak gigi '
haha


minah kepoh
masa ni dia tgh arah arah orang untk buat lukis lukis 


sempat pulak dah makcik makcik ni ambik gamba 


masa tgh tulis tulis 


diyana tak buat apa pun . dia just buat bising .


aimi buat iklan ' ROSAK GIGI '


ak gigih melukis + mewarna . rasa macam kat tadika lagi lah . haha


aimi juara melukis + mewarna . dia selalu menang kat sekolah dalam pertandingan melukis + mewarna poster 


so , hasil lukisan aku 
tema dia , KAMI GENG BUDAK FLAT


muka promote tema projek . hehe




They are my awesome bestfriends <3


dah habis sesi photography , aku hidangkan kek batik yang aku buat semalam .


tidak lpa juga kpd si photographer , syaza



aku ajak bear tuh makan , tapi dia taknak



yummy !

sorry sebab tak dapat upload semua gamba coz I took so many pictures .
ehh , bukan aku lah , syaza !
thanx syaza for the service .










Sunday, December 16, 2012

Baking Life II

malam ni aku buat kek batik . selepas kejayaan aku membuat kek gula hangus beberapa hari yang lepas . cehhh konon je . hehe . korg boleh klik SINI untuk pergi ke entry aku membuat kek tersebut . tgoklah macam mana aku menyambut kejayaan konon tersebut . hehe

andddddddd ,,,,

MISI AKU BERJAYA !
* ni memang betul betl jadi , okay ! *


sebelum dimasukkan biskut marrie


selepas dimasukkan biskut marrie .
Haha .

so , berikut adalah resipi biskut marrie ;

Bahan bahan ,


Cara - caranya ,










Saturday, December 15, 2012

Baking Life

hari ni ada 2 kenduri kahwin . so , automatically mak aku tak masak . walaupun aku pergi kenduri tuh tapi tahap kekenyangan aku tak boleh tahan sampai petang . pukul 3 tuh aku dah lapar gilaaaaa .

then aku pun buatlha kek . kek gula hangus lagi tuh . aku buat dengan penuh kasih sayang . cehhh , ayat tak leh tahan . aku dah buat buat buat buat n buat , sebelum bakar dia kene perap dalam 3-4jam . gilaa lamaa .
sementara tunggu tu aku main piano . jangan pengsan pleasee !aku main piano kat tab lah . lagu secret garden . kdg kadang aku main lagu tuh sambil nangis au . feeling ooo . sedih gila melodi lagu tuh . disebabkan aku ni impatient human being , perut pun dah nyanyi lagu rock . sejam je aku perap aku terus bakar .



masa ni hati aku tgh berbunga bunga riang . lalalalala

30 minit kemudiann .


I was like , ohmaigod ! ohmaigod ! what is this ?

lepas angkat tuh aku potong and aku makan . sedappp lah jugakk tapii melekat kau tahu tak . buat penat aku je nak kena koyak + bawah dia tuh .

aku dah kenal pasti masalah . sepatutnya kena letak soda bicarbonate tapi aku letak baking powder . nampak tak permainan dia kat sani . haha . masa untuk diperapkan pun sengaja dipendekkan . so , kena terimalah hakikat yang kek aku memang akan jadi camni . aku pn cakaplah " sudahlah effy , kau kena terima hakikat yang kau pandai bake kek batik marrie je " 

aku nak kongsi resepi nye ;

cara -cara ,



sudahnya aku makan kerepek yang aku dapat kat kenduri tadi jeh . kuangkuang




muka aku yang sedih sebab misi gagal . haha

Monday, December 3, 2012

King of Fruits

tahu tak sekarang ni musim buah ? * stupid gila budak ni , dah sah sah lah semua orang tahu *
okay tak kisah yang tuh tapiiiii yang paling bersepah sekali ialah DURIAN (ohmaiigaid..ohmaiigaid) . kankankan ?

aku ni peminat nombor satu durian . kalau kat rumah lah . tapi serious aku cakap rugi sapa tak suka durian wacakaplu . sila terasa ye bulat . ( aku tahu kau selalu refresh aku punya blog ) . haha . kalau kat rumah apa yang berkaitan dengan durian aku makan okayyy . so pelbagailah yang mak aku buat dengan durian . sebenarnya , nak habiskan stok durian yang terlampau banyak kat rumah ni je. haha



yeaaayy ! bubur durian !!



DURIAN CREPE !
yang ni mak aku order je sebab mak aku takde masa nak buat bende bende nih . eh , makanan lah bukan bende . mak aku order 5 pcs . aku sorang je makan sebab seisi rumah tak lalu nak makan termasuklah mak aku . 

Thursday, November 29, 2012

being a wife -to-be


bila cuti sekolah bermula , macam macam lah aktiviti yang dilakukan . so , kali ini bagi wife to be macam aku ngan ema mestilah kene belajar memasak kan ?? tambah tambah si ema mambung yang akan menamatkan zaman bujangnya tak berapa lama je lagi . hehe .

so , hari hari kitaorg akan masak untuk satu fams ehh . sebab , mama busy kerja cari rezeki kan . hari hari masak resepi baru . mama akan bagi resepi then , kitaorang masakkkk . best sangat sangat . maybe dunia masakan sebati dengan diri kitaorang kott . ehh , kitaorg ada buku resepi sorang satu tau , kitaorg akan salin semua resepi yang mama kasi . kira macam turun temurun lah jugak kaaannn ?



so , buku yang bebunga bunga yang comel comel tuh kakak aku punya
aku punya , yang hitam ada gambar bulb uh .
okaayy apa ? bulb tuh akan menyala dalam gelap .

so , semalam aku ada belek belek resepi kat internet , aku ada jumpa resepi maetball and banyak la lagi . aku salin je la . mana lah tahu bila dah kawin nanti boleh buat kat suami tercinta ( cehwaaaahhh , banyak cantik ) hehe

pagi tadi lepas aku bangun aku terfikir nak buat meatball ni . mimpi apa lah agaknya aku ni . seingat aku senang je . lepas keluar bilik air , aku terus tarik ema tunjuk resepi tuh and ajak buat . aku cakap , " pleasee ! senang je ni , darling . jomjom " ema , " okaayy , tapi takkanlah sekarang ! pukul 1.30 nanti lah " yeayyyyy !!! tapi , sebelum tuh mestilah tgok bahannya ada ke tak kan ? kalau takde aku buat buat ada je punn . hahaha

aku boleh lah pulak layan cerita dayang senandong , ema pulak layan cerita ajiboy sementara menanti jam 1.30pm . tapi alih alih start buat kul 2 lebih sebab cerita dayang senandong baru je habis . so , ekspedisi bermula lah . buat ni buat tu . macam macam lah gayanya . and akhirnya , jengjeng 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








meatballs . aku bakar . aku pun tak tahu kenapa kena bakar .
confused .
ema cakap bakar ke goreng ke sama je .

Tuesday, November 27, 2012

Spent time with my bestie

I love my friend , Natasya .
so , hari tuh kitaorg gi picnic kat Taman Alam Megah , Seksyen 28 . jalan kaki woo dari rumah kitaorg . kira kira 2 km lah jugak . natasya bawak nasi lemak . aku bawak sandwich , air ngan tikar . semangat tak ??

sampai sana , terus hamparkan tikar tuh and makan sebab dah lapar sangat . hahahahahaha . orang yg tgh jogging kat situ pandang pandang je . ada aku kisah ? bukan aku kacau dioarg puun .



ni sebelom makan . natasya malu malu pulak . hehehe

lepas kitaorag dah pusing pusing taman tu dalam sejam lah jugak . kitaorg puun balik lah . sempat lah pulak kitaorg singgah kat rumah Fatin Nabilah . sampai sana kitaorg makan lagi . mak dia masak . kenyang betul aku kat sana . natasya malu malu pulak . dia memang tak biasa gi rumah orang . hehehehe




ni lah kat rumah Fatin . aku in purple . natasya , blue !
dah lepas makan + sendawa , burrkkk ! *Alhamdullilah*
p/s : kitaorg boleh lagi main2 masa ni . nak gigit bagai .
Yess , I love my friend so much .. Mmmuuaaaahhh

Friday, November 23, 2012

A little bit buncit because of chocolates

Aku tak tahu kenapa semenjak dua menjak nie hobi aku asyik makan aja . perut pun dah buncit . boleh kalahkan jiran sebelah yang tengah pregnant 8 months . haha . takpe takpe esok aku pergi ketuk rumah dia ukur perut okay !


ni adalah disebabkan coklat yang bertimbun kat rumah aku ni . 



and , aku boleh buat nutella tuh macam coklat biasa je . teruk betul perangai !

actually , ni adalah projek adik beradik nak makan banyak banyak sebelom kitaorg kembali ke asrama . asrama tempat diet . rumah tempat makan . haha . itulah misi visi aku sekarang .



Wednesday, November 21, 2012

Jelajah Pahang


First of all , aku nak wish CONGRATULATIONS to those yang dapat 5A dalam UPSR . Tahniah sangat sangat ! kepada yang dapat 4A ke 3A ke , tahniah jugak . anyway , UPSR ni tak laku puun . just sijil untuk kelayakan ke sbp / mrsm / lain lain je . gagal sekali bukan gagal selama lamanya , okayy ! * semalam aku lupa nak wish *

Last Deepavali , kami sekeluarga pergilah ke Bentong , Pahang . rumah angah Nah , kakak ayah yang no bapa entah . no 4 kott . pergi sana satu tujuan je iaitu nak g kutip buah buahan . almaklumlah sekarang ni kan musim buah buahan . so , bertolak dari Shah Alam kul 8 sampai sana dalam kul 10 . tak jauh pun dekat je . tapi jalan yang berbukit bukau + bengkang bengkok membuatkan aku pening kepala pergi dan balik . ouh ! sangat sadis .


kat sana , aku memancing ikan keli . ikan keli ni besar sangat sebab ikan keli yang dibela kan . jadi besar lah . mula mula pancing susah nak dapat . so , aku secara bijaknya nak sauk lah konon . last last jatuh sebab kat tepi kolam tuh licin kan . kakak aku ngan mak aku gelak gila gila kat aku . hehehehehe .





masa ni dah lepas jatuh . seluar tuh dah kotor sebenarnya . kihkih .


ha . nie mak aku  . lagi hebat memancing pakai baju kurung . 




haih ! adik sapa lah ni . dia reti tgok jer .



mak aku tak berputus asa nak mancing ikan keli ni . padahal salah style . kalau dapat je jatuh balik ikan tu sebab besar sangat .
masa ni ayah aku pergi kutip buah durian . 

next ,,,
jeng jeng jeng ,,,





lepas ayah aku datang , baru dapat ikan . sebenarnya , cara nak tangkap ikan keli besar ni mula mula mancing dia pastuh dah dapat kena sauk . patutlah dari tadi kitaorg tak dapat dapat . hehe


besar gila sebenarnya saiz ikan keli nih .




yg 3 ekor nih ayah aku guna jala je . senang cerita !