Showing posts with label cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema. Show all posts

Friday, December 7, 2012

HANG OUT

Bagi orang yang sekolah kat SMK biasa je ( I mean , sekolah dekat rumah je ) memang selalu lah jumpa dengan kawan kawan Primary School ( untuk orang yang tak lari jauh dari rumah ) . bukan selalu tapi memang satu sekolah menengah yang sama punn . taaapii , untuk orang yang kategori nye macam aku ni ( duduk asrama + sekolah pun jauh dari rumah ) memang payah lah nak jumpaa . tambah tambah nak jumpa kawan yang duduk asrama .walaupun sekolah aku tuh 15 minit je dari rumah . hehe . tapi kira jauh lah tuh sebab aku duduk asrama . hahahaha . okay , kawan sekolah rendah aku ada yang just sekolah kat sini ( kawasan rumah ) seperti mei ngan wawa . ada yang sekolah MRSM & SBP jugak . susah mahu jumpaa woo . paling paling pun sekali setahun .

* okay effy . sudah ye membebel pasal menatang ni . semua taknak tahu lah *

so , semalam aku hang dengan kawan kawan aku . yeayyy ! we went to subang parade . tak jauh pun dari rumah . dalam 20-25 minit je dari rmah aku . mak wawa yang hantar .

biasalah dah besar , shopping je lah kejenya . dlu waktu zaman muda ( sekarang pun muda lagi okay ) kalau pergi je mall mesti pergi kedai buku spt mph / popular / pape je lah  . sekarang ni mph tuh tak singgah langsung . MasyaAllah . hehe .

okay , sampai sana je kitaorg terus terjah MBO sebab nak beli tiket je . senang nanti bila dah time dia boleh terus menonong masuk . cinema kat subang parade ni baru lah jugak . so tak ramai sangat yang datang sini .



TWILIGHT BREAKING DAWN

mula mula masa decide nak tgok movie apa pening kepala tau sebab tempat ni baru + tak banyak movie . nak tgok movie melayu which is diorg pkkan aku yang tak berapa nak suka tgok movie selain movie melayu . takde langsung movie melayu so aku cakap terpulanglah nak pilih movie apa pun . diorg pilih movie ni .aku tak kisah , tapi sebenarnya aku takut sebab ema kata ni cerita hantu . diorg kata bukan cerita hantulah . then aku setuju je lah so diorg pun belilah tiket ni . lepastuh kitaorg gi shopping shopping jap baru masuk panggung dengan sorang satu popcorn . thanx wawa ngan mei sebab belanja . haha .

masa movie dah start sikit sikit aku cakaplah AKU TAKPERNAH LANGSUNG TGOK TWILIGHT . TAK KISAH TAJUK APA LAH . MEMANG TAK PERNAH . mei kata kalay tak pernah tgok memang lah tak pham kan . so masa start tuh mei kata yang diorg ni vampire bla bla bla sampai habis . sumpah , apa yang aku tak tahu aku terus tanya mei . so lepas setengah jam kot aku tgok aku dah rasa ngantuk gila . dah lah sejuk gila gilaaa . aku habiskan air aku ngan wawa punya then aku tidur dengan jayanya . okay siap mimpi eh . aku mimpi orang yang dalam cerita tuh jugak . aku sedar sedar je dah kat tempat diorg nak tunjuk   sebenarnya anak dia tuh bukan anak abadi . yang aku dah lah nak terkencing sebab tadi aku dah tibai air sampai 2 . ngan sejuknya . aku menggigil tangan dan kaki . apa apa lah aku ni . kat part diorg lawan lawan tuh lagilah cabut cabut kepala bagai . aku takut samapi terpaksa menyorok belakang bahu mei . mei pulak asyik "calm down ! calm down effy ! " paling aku sakit hatinya rupa rupanya benda tuh ramalan je . org lain pulak semua dah dapat tahu tuh ramalan je semua macam " arghhhhh " . dah habis cerita aku pun cakap "okay mei , i gonna buy this novel " tapi , jangan bawak aku tgok cerita macam ni lagi . 

then , kitaorg pun shopping dengan senang hatinya .


the finger at the back is mine . haha
okay ni mei the comei .


tgah tunggu kedai kedai bukak . almaklumlah datang awal sangat .



tapi coolblog dah bukak . aku sebenarnya nak jadi promoter coolblog . tapi pekerjaan tu takde . 


wawa ngan zati . 
aku tak pernah / jarang kan update pasal zati sebab kitaorg jumpa dia pun sekali setahun sebab dia sekolah kat MRSM Pasir Salak . nun jauh di sana . haha


bila aku mengacau orang yang tgah bergambar memang macam tuh lah jadinya .


okayy , aku memang suka menyibok .
KBAI


Thursday, December 29, 2011

291211

hohoho .
lagi 2 hari je lagi dah nak 2012 . 2012 means aku akan PMR . hehe . aku x plan apa apa puun lagi cam mana ?? tahun dpn aku duduk dlm kelas ngan najwa kott . so , senanglah aku nak buli dia nanti . hehe . biar padan muka dia . kalau dia nak gatal gatal ngan baihaqi tuh lagila aku cubit pipi dia . aku suka cubit pipi dia . sebab pipi dia banyak lemak terkumpul . hehe .

hmm , tadi aku tengok filem ombak rindu kat youtube . hoho best giler nak maut ! even , aku dah download aku rasa nak beli dvd dia doe , ley tgok kat tali besen ( tv ) . hehe .

lagi 4 hari je cuti . pastuh sekolah . aku rasa excited nak sekolah . tapi dalam masa yg sama aku malas nak sekolah . malas giler nak sekolah . aku nak cuti panjang panjang . tapi bosan la pulak . hehe . merapu x tentu pasal pasal .

ha , ary nie Tentang Dhia episode last . hehe . nie lagi satu cerita yg aku excited nak tgok . citer nie buat aku sakit hati doe . rasa nak tampar tampar je muka Ku Salmi ngan Zetty tuh . saja je nak buat aku nangis nangis . tahu la aku nie senang nangis .

tahun depan aku nak dpt dorm yg baik baik doe . nak yg ada kawan . 2 tahun aku dok asrama 2 tahun x de  kawan doe dalam dorm . aku jugak yg bosan tyme cuti . nasib baik jiran dorm aku tuh kawan kawan aku . hehe .

hmm , okaylah aku nak pergi tgok citer Get Married 3 lak . haha cerita nie lawak doe . hehe

p/s : PERINGATAN UTK AWAK2 SEKALIAN , JANGAN MASUK TOILET PADA TARIKH 31/12/2011 , PADA JAM 23:59 . KERANA ANDA AKAN KELUAR DARI TOILET PADA TAHUN HADAPAN . hehe ;D

Thursday, November 10, 2011

date saya hari nie .

well , hari ini saya ada date dengan kawan baik sya , Nur Salwati bt Jalaluddin ( wawa ) .


haha . inilah kwan saya .

date kami pada hari ini adalah di Sunway Pyramid . kami dihantar oleh Puan Nani . ( mak wawa ) . haha

okay , sampai sana aku ngan wawa jalan jalan dulu . x tahu nak pergi mana sebenarnya . then aku ajak wawa g Popular . sebab Popular lagi besar than MPH kan . then kat sana aku beli ;







okay semua , kat Popular sahaja saya sudah habis Rm 80 ++ . demi buku apa apa sahaja saya korbankan .

then , aku cakap la kat wawa yg aku tersangat lapar sekarang . and then kteorg puun g tutti frutti . breakfast lah konon . padahal sebelom pergi tadi dah melantak sebungkus nasi lemak . 


okay tutti frutti saya hari nie murah jer Rm12++ .

then g jalan jalan masuk kedai sini masuk kedai sana . and last sekali g  beli tiket wayang . kiteorg amek cerita TOWER HEIST kul 2pm . sementara itu , g la lunch kat mcD . saya makan spicy McDeluxe .


and then g solat , jalan jalan lagi . lepak lepak . tengok sana tengok sini . last sekali , kteorg puun tengok wayang .



okay , cerita ni sangat sangat best . aksi komedi . kisah deorg nak merompak . ku suka maid dia yg super comel tuh .

habis jer cerita tuh , aku n wawa g beli kfc sebab kakak aku order kan . aku puun beli lah kfc . then , tggu mak wawa and akhirnya BALIK UMAH PUUN !

hari nie date yg sgt seronok sbb hanya kami berdua . kalau ramai ramai payah lah pulak .

p/s : okay saya mahu tidur sebab kaki saya sudah sakit . tak de sapa mahu urutkan .