Showing posts with label being a mrs. Show all posts
Showing posts with label being a mrs. Show all posts

Sunday, December 23, 2012

Cooking Classes

enjoy sangat bila kita spend the whole day dgn bff kita kann  kannnnn ? haha . so aku ngan aimi pun samalah . aimi pepagi buta dah jerit jerit depan rumah aku suruh buka pintu . budak ni memang selamba betul . lps aku buka pintu , duduk dalam bilik bersembang lah , online sama sama lah , kacau aimi , cubit dia lah . hahahaha

petang tuh , aku ngan aimi pun buatlah BUBUR CACA . yup . sedap gila . aku yang teringin makan bubur ni sebenarnya . so lepas mak aku balik dari kelas ptg tuh teruas ajak kitaorg buat bbur . sambil mak aku ngajar masak bubur ni . act , mak aku pun first time buat bubur ni . haha .


ni masa mula mula nak bagi warna warni tuh kembang


dah hampir siap . aimi si rosak gigi yang kacau 


yeay ! finally , makan sampai kenyang ! haha

*******************************UPDATE*******************************

lupa pulak nak letak resepi since ada orang email nak resepi kenalah letakkan .

BAHAN - BAHAN :-


* aku tambah gula melaka nak bagi warna perang + sagu *
* so yummy *

CARA - CARA :-



Sunday, December 16, 2012

Baking Life II

malam ni aku buat kek batik . selepas kejayaan aku membuat kek gula hangus beberapa hari yang lepas . cehhh konon je . hehe . korg boleh klik SINI untuk pergi ke entry aku membuat kek tersebut . tgoklah macam mana aku menyambut kejayaan konon tersebut . hehe

andddddddd ,,,,

MISI AKU BERJAYA !
* ni memang betul betl jadi , okay ! *


sebelum dimasukkan biskut marrie


selepas dimasukkan biskut marrie .
Haha .

so , berikut adalah resipi biskut marrie ;

Bahan bahan ,


Cara - caranya ,










Saturday, December 15, 2012

Baking Life

hari ni ada 2 kenduri kahwin . so , automatically mak aku tak masak . walaupun aku pergi kenduri tuh tapi tahap kekenyangan aku tak boleh tahan sampai petang . pukul 3 tuh aku dah lapar gilaaaaa .

then aku pun buatlha kek . kek gula hangus lagi tuh . aku buat dengan penuh kasih sayang . cehhh , ayat tak leh tahan . aku dah buat buat buat buat n buat , sebelum bakar dia kene perap dalam 3-4jam . gilaa lamaa .
sementara tunggu tu aku main piano . jangan pengsan pleasee !aku main piano kat tab lah . lagu secret garden . kdg kadang aku main lagu tuh sambil nangis au . feeling ooo . sedih gila melodi lagu tuh . disebabkan aku ni impatient human being , perut pun dah nyanyi lagu rock . sejam je aku perap aku terus bakar .



masa ni hati aku tgh berbunga bunga riang . lalalalala

30 minit kemudiann .


I was like , ohmaigod ! ohmaigod ! what is this ?

lepas angkat tuh aku potong and aku makan . sedappp lah jugakk tapii melekat kau tahu tak . buat penat aku je nak kena koyak + bawah dia tuh .

aku dah kenal pasti masalah . sepatutnya kena letak soda bicarbonate tapi aku letak baking powder . nampak tak permainan dia kat sani . haha . masa untuk diperapkan pun sengaja dipendekkan . so , kena terimalah hakikat yang kek aku memang akan jadi camni . aku pn cakaplah " sudahlah effy , kau kena terima hakikat yang kau pandai bake kek batik marrie je " 

aku nak kongsi resepi nye ;

cara -cara ,



sudahnya aku makan kerepek yang aku dapat kat kenduri tadi jeh . kuangkuang




muka aku yang sedih sebab misi gagal . haha

Tuesday, December 4, 2012

Free Time

disebabkan kemalasan aku tahap melampau kat rumah ni . mak aku pun asyik jerit nama aku je . macam takde nama orang lain je nak jerit . tapi baru aku ingat mana ada anak lain dah dalam rumah ni ., semua dah tinggalkan aku . hisk,hisk,hisk .

 aku nak cerita yang harini aku buat bakti kepada orang ramai . haha . takdelah . jiran aku akan buat kenduri anak dia beberapa minggu je lagi . so , aku incharge untuk balut hadiah hadiah untuk cabutan bertuah kepada pekerja pekerja pada hari kenduri tuh . hadiah tuh banyak gilaa   . ada dalam 100pcs . tapi ada 2 pcs tuh yang aku berkenan sangat . so , aku dah curi siap siap .


ni cuma sebahagian je . ada banyak lagiiii . 


so , ini adalah apa yang aku dah curi siap siap .

p/s :
dear bulat , ketahuilah bahawa malam tadi ayan dah kira berapa minggu lagi kau nak balik . lagi 19 minggu tak silap aku . pastuh dia tanya aku 19 minggu tu bapa hari ?? nampak sangat dia rinduu sama kamuu . haha



malam pertama ketiadaan bulat . 



malam kedua .
tapi kali ni control macho sikit .
haha . aku yang paling hebat gelak kat dia .

Thursday, November 29, 2012

being a wife -to-be


bila cuti sekolah bermula , macam macam lah aktiviti yang dilakukan . so , kali ini bagi wife to be macam aku ngan ema mestilah kene belajar memasak kan ?? tambah tambah si ema mambung yang akan menamatkan zaman bujangnya tak berapa lama je lagi . hehe .

so , hari hari kitaorg akan masak untuk satu fams ehh . sebab , mama busy kerja cari rezeki kan . hari hari masak resepi baru . mama akan bagi resepi then , kitaorang masakkkk . best sangat sangat . maybe dunia masakan sebati dengan diri kitaorang kott . ehh , kitaorg ada buku resepi sorang satu tau , kitaorg akan salin semua resepi yang mama kasi . kira macam turun temurun lah jugak kaaannn ?



so , buku yang bebunga bunga yang comel comel tuh kakak aku punya
aku punya , yang hitam ada gambar bulb uh .
okaayy apa ? bulb tuh akan menyala dalam gelap .

so , semalam aku ada belek belek resepi kat internet , aku ada jumpa resepi maetball and banyak la lagi . aku salin je la . mana lah tahu bila dah kawin nanti boleh buat kat suami tercinta ( cehwaaaahhh , banyak cantik ) hehe

pagi tadi lepas aku bangun aku terfikir nak buat meatball ni . mimpi apa lah agaknya aku ni . seingat aku senang je . lepas keluar bilik air , aku terus tarik ema tunjuk resepi tuh and ajak buat . aku cakap , " pleasee ! senang je ni , darling . jomjom " ema , " okaayy , tapi takkanlah sekarang ! pukul 1.30 nanti lah " yeayyyyy !!! tapi , sebelum tuh mestilah tgok bahannya ada ke tak kan ? kalau takde aku buat buat ada je punn . hahaha

aku boleh lah pulak layan cerita dayang senandong , ema pulak layan cerita ajiboy sementara menanti jam 1.30pm . tapi alih alih start buat kul 2 lebih sebab cerita dayang senandong baru je habis . so , ekspedisi bermula lah . buat ni buat tu . macam macam lah gayanya . and akhirnya , jengjeng 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








meatballs . aku bakar . aku pun tak tahu kenapa kena bakar .
confused .
ema cakap bakar ke goreng ke sama je .

Wednesday, October 31, 2012

Random Update

Hi ! Assalamualaikum .

dah dua minggu lepas PMR , dua minggu duduk rumah , dua minggu tak update blog . so , di keheningan malam ni terpaksalah gagahkan diri untuk update blog . terpaksakah ?? act , tak boleh nak tidur sebab tadi lepas habis cerita Julia (yang amat menyakitkan hati) tu , ngantuk sangat . then , pergi ambik novel and baring atas katil . tapi mata ni dah terkelip-kelip . so , aku suruh ema kejutkan aku kul 9 sbb nak tengok cerita Mimipi Cinderella . mana boleh miss cerita tuh .

ema balik sehari selepas aku balik rumah . so , rumah ni dah bising dengan suara aku yang tak reti nak slow . mak aku kata macam speaker . nak buat macam mana ?? aku ni gelak pun macam setan . Astaghfirullah ! kat rumah , kerja aku adalah bahagian LAUNDRY . yes , aku basuh baju ( I meant , machine basuhkan tapi aku yang kutip baju dan letak dalam machine eh ) , aku jemur baju , aku angkat baju and lastly aku lipat baju dan hantar ke bilik-bilik . yang lagi bestnya , aku lipat baju depan tv oh . lagi , aku ngan ema masak sama-sama . aku suka potong bawang ! hehe .

one more thing yang aku suka sangat bila semua balik rumah ialah tidur sama sama . kitaorg akan hamparkan  aku punya toto LV dalam bilik , and tido bertiga kat situ . untonglah adik beradik 3 orang je so senang sikit ! apa yang Allah bagi ada kelebihan dan kekurangan . Remember that . Hikmah ada adik beradik sikit , boleh tidur macam tu . macam biasa , adik aku yang super penakut tidur tengah . dah nak masuk form one pun masih penakut . tiru perangai sapa pun aku tak tahu lah . and sebelum tidur kitaorang mesti tengok wayang dulu . hehe . guna laptop letak kat atas kotak and pasang movie yang pelbagai genre and languages tu . yang pastinya , mesti aku yang kena shut down kan laptop tuh ema dan ayan wajib dah tertidur . sangat annoying , okay !

*okay , aku tahu post ni amat bosan sebab takde satu gamba pun*

lagi satu hobi aku sekarang ialah blogwalking . baca blog orang best ! boleh tahu betapa susah senangnya perjalanan hidup seseorang . di sini aku sertakan blog2 yang aku dah stalk beribu ribu kali .

Vivy Yusof
Vivy Yusof is awesooooommee ! Dia ni owner FashionValet.net
aku suka sangat2 baca blog dia .

Irene Nadia Marcello

Dena Bahrin

Hana Fedora

and ramai lagi . tapi ni yang paling aku suka stalk . kalau aku nak senaraikan semua sampai esok pagi pun mungkin takkan habis punya .

so , jam dah pun 1.52am .  aku nak g sambung stalk blog orang . Bye everyone !

*ada orang suruh aku update blog daily , taknak aku ! aku nak cerita kisah apa*




Monday, November 7, 2011

hai semua ..

hari nie aku nak cerita kisah novel lak . hehe . dah lama x post kisah novel .


nie carta novel untuk minggu ketiga bulan oktober . yg latest punya aku x dapat lagi , okay !

cinta kontrak , biarkan ia berlalu , yes boss ! , 7 hari mencintaiku , semarak cinta , M.A.I.D , aku bukan mistress , jauh dari cinta , lafazkan kalimah cintamu , cinta kau dan aku , doktor cinta dan andai itu takdirnya aku dah baca ! 12 out 20 . banyak jugak novel aku dah baca . Uda dan Dara tuh sebenarnya dulu aku nak beli tapi watak dalam cerita tuh nama dia x best . maryam lah apa lah .

tapi lepas nie aku nak beli novel uda dan dara lah . harap2 aku jumpa la novel nie lagi sebab novel nie dah lama keluarkan . 

okay , saya mahu kemas rumah !

Sunday, August 15, 2010

Insaflah Kaum Hawa

Mulianya seorang isteri disisi Allah...Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.Biarlah buruk mana isteri anda,sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyangtetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak... Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak....Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,

Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami , Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih...

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandungAllah sentiasa mengampunkan dosanya,Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapiAllah beri kelonggaran seksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuamiseluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak diaterima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjidatau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah ke atasnya jua.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dandi luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariatAllah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapakkaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.