Wednesday, November 16, 2016

Langkawi

Finally, langkawi after 16 years. Bapak lama nak matik tak pi ke Langkawi last pergi tahun 2000. Sedih ngat hidup aku. So, kali ni pi vacation dengan family pulak, Asyik dengan kengkawan bosan gak. Pergi sehari selepas raya haji yelah waktu tu lah semua cuti fikir senang ke nak kumpul semua even 5 orang je. Susah tau.

Day 1

Kitaorang gerak dari rumah (Taiping, Perak) kul 4 pagi. Gigih benar tau pepagi buta bangun tapi sebab semangat kan apa salahnya hehehehe. Kitaorang naik kereta je tk kuasa nak naik flight bawak pinggan mangkuk yg bakal mak aku borong hehehehhe. Dari taiping ke jeti kuala perlis tu tak lama pun lebih kurang 3 jam. Kitaorang sampai jetty pukul 7. Then terus ambik tiket ferry yang tu pun dapat pukul 10pagi punya. Ramai orang bakhang yelah time cuti kan ek ek ek ek. Sementara nak tunggu naik ferry tu kitaorang brekfast kat kedai makan situ ada banyakkkk kedai makan so takyah risau hehehe tapi ramai lagi manusianya. Tiket ferry ni sorang rm18 tau untuk dewasa. One way je takde makna beli return ek hahhahaha tapi nak senang book je online sebab kalau peak season selalu tiket habis awal. Kitaorang pun pukul 10 tu dah akhir akhir dah. Ayah taknak book online sebab takut tk sempat nak kejar masa tu. Dia pun malas nak struggle hahahha. Pastikan tiket ferry untuk datang langkawi tu disimpan sebab nanti masa nak balik kastam nak check oi kalau lebih 3hari 2malam baru dia kasi bawak pinggan mangkuk banyak set.

Naik ferry kul 10am yadayadayada kul 11 sampai lah Langkawi hehe seronok ngat. Btw, saja nak bagitahu aku pi langkawi ni bawak rm7 je tauuuu tu yang syoknya pi vacation ngan bapakku pulanggg dari kota. Hehe. Sesampai tu penuh gilaaaa arrival gate dengan kereta sewa yang berlambak tunggu pelancong tapi malangnyaa kereta sewa kami tak sampai lagi. Jalan jem katanya, Takpelah sabar je lah tunggu situ di bawah mentari yang menyinar. Kereta sewa ni ayah dah book sesiap dari rumah. Kalau tak book pun tkpe sebab nanti bila saat je korang keluar dari situ ramai orang yg bisnes kereta sewa ni tunggu sambil menawarkan kereta memasing. So takyah risau. Harga pulak pepandai lah tawar menawar. Kitaorang sewa kereta Alza even 5 orang sebab gemuk gemuk ye memasing harap maklum hahahhahahaa rate pun okay rm200 je untuk sepanjang 3hari2malam di sana. Owner kereta ngan homestay orang yg sama je ambik package terus senang sesenang kacang pis. Dia jemput kitaorang then terus bawak gi homestay yang terletak di Pantai Cenang (forever love pantai gi memana pun). Tapi disebabkan homestay dia takde lah bebetul tepi laut tapiiiiiii kira dalam 7 minit lah berjalan dah sampai pantai. Dekat ke idokkkk??? Dekat lahhh. Mak aku lah ni beriya nak homestay tak mau chalet sebab ada dapur, mesin basuh ngan fridge. Lantak pi lah bukan aku yang bayaq hehe. Nama homestay tu Alor Senari Homestay. Satu malam rm250 je tapi best gila nak matik. Bilik ada 3. Total katil semua 5 queen. So boleh masuk paling kurang pun 10 orang dewasa lah tapi kitaorang bantai je 5 orang tak pasai pasai dapat satu katil sorang hehehe. Best homestaynyaaa. I likeee



checkitout their fb (tekan link kat nama homestay tu)kalau nak tengok dalam rumah acane plus contact no semua ada. Tapi homestay ni recommended tau tetambah yang pergi satu family reramai

Dah check in homestay pastu rehat pastu rebut bilik pastu mandi solat semua after zohor keluar lah kami menuju ke Kompleks HIG heheehehehehe kat sini mak aku borong set pinggan mangkuk sampai 5 set. Nasib baik anak sado sado boleh tolong bawak sorang satu haha coklat takyah cakap laaah. Sebenarnya banyak je lagi tempat jual coklat macam coco valley, plaza cenang apa lagi entah mmg banyaklahhhh and harga beza seposen duaposen je so kitaorg decide takyah nak ikut sangat mana yg murah beli je lah sekali semua satu tempat senang hahaha biasalah guna duit ayah kalau duit aku mungkin akan dipertimbangkan balik. Ambik ambik punya coklat penuh satu troli pastu scan scan taraaaaaaa rm790 HAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA inilah penangannya tak pi langkawi dah 16tahun balas dendam sungguh.


                             
ni masa baru 10 minit dah hampir penuh troli. Maapkan kami pak!!!


                                 
penuh weh satu fridge sampai bekas sayoq pun duk bubuh cekelat


Aku ada beli herseys spread ni. Murah je rm13 tapiiiiiii biasa je. Aku lagi suka nutella

(Gambaq pinggan mangkuk takdak lak ambik) hehe. Then pi lah pulak Dataran Lang. Tempat ni sebenarnya dekat je dengan jetty pekan kuah tadi cuma tadi tak singgah so petang la baru singgah. So macam biasa lah orang ramai gila nak matik ambik gambaq kat sini dah lah petang tgh panas terik


cari mak pak kami dalam gambaq ni hehehehe
clue; huruf K dengan A

gambaq azhan takde sebab dia mmg bukan pesen bergambar punya orang. so abaikan dia

Balik dari sini ada lah kitaorang singgah supermarket jap beli barang dapur. K tu je malam takde buat apa sebab memasing penat kan sebab dah bangun dari awal pagi. So tidoq je lahhh

Day 2

Pepagi mak dah kejut sebab nak pi naik cable car kan kang lambat ramai beratoq kan payah. So bangunlah mak jemahhh yang kesejukan ni. Tak breakfast apa terus pi skycab kat Gunung Mat Chincang. Dia kalau cuti bukak kul 8;30 tapi kami sebelum 8 dah sampai tunggu je lahh. Dia ada banyak pakej tau tapi kitaorang ambik yang basicje. Sorang rm30. Skycab, skydome ngan skyrex. Skyrex ni 6D best lah tgok dinasour pastu main lawan lawan 

google kalau nak lebih jelas hehehehe

Setelah beratur beberapa minit dapatlah naik cable car. First time kot so jakun sikit hhahhahaha










ni masa kat atas gunung tu. Sejuk ngat. Tengok pak kami buat perangai muka tu muka tu hahahhaa

ni la skyrex pakai spec 6D


Dah habis main semua baru makan kat situ ada kedai makan kat situ dekat ngan carpark. Dah ah sedap nak mam pastu murah lak tu. K ayam dia sedappppppppppppp. Jap lepas tu pi mana lagi eh. Oh kami pi kompleks HIG lagi sekali beli lagu satu set pinggan mangkuk pastu baru beli souvenir untuk milah,peah,jemah,tehah,joyah dll. Then gi jetty lak untuk ambik tiket untuk kesokkan harinya nak balik dah hmm cedih

Petang, kami pun pi lah area airport nak makan laksa ikan sekoq yg terkenal pom pom meletop tuuuuwwww. Tapi malangnyaa laksa je ada ikannya dah habis sedih je. Nanti gi langkawi lagi sekali aku nak gi makan lagi

ni malan bawah pokok rendang sambil angin sepoi sepoi bahasa






sambil tunggu sunset lalalallalalallalala. Ni kat pantai airport kot gitu nama dia

sunset kevavooom

Day 3 aka last day

Tikt ferry pukul 11;30. So kul 10 dah nak gerak pi jetty sebab nanti nak lalu kastam lagi semua yadayadayada kan. So pepagi tu takde buat apa pun. Just pi pantaiiii. Nama je duk pantai cenang tapi tak pi pun pantai. Harini last je lah pergi




The End.