Saturday, December 24, 2016

JJCM @ Penang

Dah dua bulan dah pergi foodhunting ni tapi macam biasalah busy busy busy sekarang baru ada masa sebab cuti krismas kan hahahahahaha. Well foodhunting/jalan jalan cari makan kalini bukan setakat gi penang je. Malah disambung ke Taiping & Ipoh. Sebab kitaorg pergi pun naik kereta kan alah so otw balik Shah Alam pun singgah ler Ipoh tu. Taiping tu sebab memang kampungku. Tanah tumpah darahnyaaaa mak gua. Hahahahahaha ehh banyak pulak gelak kalini.

Kitaorang pergi Penang pun tak tidur sana. Pergi sehari suntuk jeee. Jimat kos penginapan. Kitaorang tidur 3 malam dekat rumah nenekku di Taiping, So gerak Penang kul 5;40am gitu. Pastu berhenti solat jap kat Juru. Dan first destination kitaorang haruslah Bukit Bendera aka Penang Hill (bukan flag hill ye sisturrr). Sampai kat penang hill tu dalam pukul 7pagi. Dekat je dari tepeng. Sangat dekat k. So bolehlah jimat segala kos. Memang tujuan gi Penang banyak ke arah foodhunting. Tapiiiiii kitaorang tak plan pun nak pergi makan tempat memana. Dah sampai Penang baru google tempat menarik untuk dimakan hukhukhuk. Biasalah busy.

K Bukit Bendera first. Harga ticket train untuk naik bukit bendera rm10 for two ways(malaysian). Tapi student dapat half price. Kalau taknak beli ticket pun tkpe maka kau jungle trekking laah naik ke puncak tu sampah basah tiak anda memasing k k k. Tapi yang bestnyaaaaa kalau korang beli tiket dari pukul 7am-9am harga tiket hanyalah rm3 untuk dua hala. Pastu orang tak ramai pulak tuuuu. Bestnyaaa. Menghirup udara segar, mendamaikan, menenangkan di bukit bendera di awal pagi. Plus, kabus tebal sejukkkkkkk!


Lihatlah kabus setebal cintaku padamu hehehe


Kabus lagiiiiiiiwwww



si tudung kelabu tu wajiblahhh ikut aku kemana mana sahaja sebab diakan tk cerai susu lagi dengan aku. Huk

Next, kitaorang pergi mana ek. Ha Penang Street Art. Penang Street Art ni complicated sikit dengan cuacanya yg amat terik makanya tiak pun basah lah. Euwwww hehehe. Penang Street Art ni bersepah sepah tempatnya tapi dia sekitar Masjid Kapitan Keling tu. Tapi korang kena refer pada map lah mana nak tahu kat mana art art tu. Kitaorang dah ada map tu baru macam ada idea sikit baru mcam ada mood balik. Ketidak dah hilang dah mood sebab tk jumpa lukisan yg femes femes tu. Dengan faktor cuaca lagi, faktor orang ramai naik basikal and nak langgar langgar kitaorang hehehe. Akhirnyaaa jumpa gak




K ini saja lah 3 lukisan je yg kami ambik. Yg gambar basikal ni siap beratur kalau nak bergambar. Waduhhh

K masa foodhunting bermula sebab dah tgahari maka lapar lah kami empat orang ni.


AIS KEPAL
Kitaorang beli ni kat Penang Street Art. Celah celah dinding bergambar tu ada lak orang meniaganyaa.Tetambah bila cuaca tgh panas kan. Perisa anggur, mangga, kiwi. Harga rm3.50. Rasanya semua kedai dekat situ harga sama dan boleh je beli dekat kedai memana sebab rasa dia sama je cuma perisa je berlainan. Sedap!!!!!!



NASI 7 BENUA
K ni memang masih teringat ringat even dah dua bulan. Korang waze sahaja nasi 7 benua. Maka keluarlah terus location dia kat Bayan Lepas. Mesti jumpa punya sebab tepi jalan je, Harga dia rm10(harga tak fixed k sebab lauk dia sukahati lah korang nak apa). Ni ada ayam dua ketul ada telur masin kuah dalca sikit. Ayam dia sangat menggoda k masyaAllah sangat sedap. Nasi dia pulak 7 jenis lah sebab tu lah kan nama dia 7 benua. Hehe. Nasi putih, nasi lemak, nasi hujan panas, nasi minyak, nasi lamuni, nasi tomato dan nasi pandan. Serious sedap!!!


PENANG ROAD FAMOUS TEO CHEW CHENDOL
Ni kat georgetown. Waze sajaaa kompom jumpa tiada keraguan lah. Haruslah makan ini cendol tika matahari tegak di atas kepala kan. And orang ramai sangat maka beratur laaahhh ketika membelinya ini. Harga dia rm2.70 je semangkuk. Sedap!!!


Gee tu muka tgh tahan kegeraman menunggu giliran haha


Ramai gila orang so tempat makan tak cukup tempatlah. Makanya kitaorang makan je lah berdiri. Nasib baik makan cendol kalau makan nasi kandar ke berdiri gini sedih gak. Kalau malas nak berdiri pastu takut takde tempat bolehlah bersiap sedia bawak tikar boleh berkelah di tepi jalan yeee. Dia ada gak jual charkueytiow left handed. Bau sedap tapi tak beli pulak sebab takde tempat duduk kannnn. Lain kali je lah. Takde rejeki


SOTONG KANGKUNG
Ni kat Padang Kota. Ni sebab hajah gee lah mengidam sangat tapi not bad lah sebab sedapppppppp. Kitaorang ambik pinggan paling kecik lah rm9 sahaja. Aku yg tak suka sayur pun boleh makan kangkung itu dengan selera yg amat sangat. Sedap!!!!!



Okay cuba teka ni apa? Hahaha
LAKSA PENANG
Dah nama pun pergi penang haruslah cari laksa penang. Antara laksa penang yg sedap maka haruslah di foodcourt Padang Kota ni. Sebelah tu ada laut maka boleh fefeeling sambil makan sambil layan bayu laut tapi time kitaorang pi ni tengah hujan lak. So terpaksalah makan di bawah bumbung. Laksa ni rm4 je semangkuk. Sedap!!!!!!


PASEMBOR PADANG KOTA.
Tak sah lah kalau pergi penang tak makan pasembor lah kan. Pasembor ni tak tentu harga dia tapi yg kitaorang pmakan ni RM13 tak tahulah mahal ke murah. Tak kisahlaah asal kuah dia terbaik gila. Serious sedap gila. Kat foodcourt tu banyak yang jual pasembor tapi ni kitaorang pilih kedai mana entah tapi dia sebelah jual laksa. Hahahha tapi sedap!!!!!!!!!!!

 Nah ni gambar ketiga tiga makanan di Padang Kota.

Next, di Taiping pulak. Kat taiping ni kitaorang pergi 3 tempat je. Tapi ok ler tuuuuuu kenyang gakkkk

Sebelum tu, singgah jap di tasik untuk mengambil gambar. Tapi seminit je boleh lak hujan ketika kitaorg sampai


Eh kenapa pakai baju pekerja resort niiii? Sama je semuaaa. K ni baju kitaorang beli kat penang. Rm12 je sehelai. Eh rasa macam bercuti kat Terengganu pulak sebab beli baju berunsurkan batik hehe


ROTI JOHN KAMBING SPECIAL
Yang ni dekat FMS Station. Toksah pening kepala. Dia dekat Taman Tasik Taiping. Kat sebelah mcD. Belakang dia tempat sewa basikal tu. Dia ada banyak lagi jenis lain tapi kitaorang pilihlah kambing special. Tengoklahhh keenakan cheesenya tuuu dapnyaa. Ni harga dia RM7 kalau ayam/daging tu harga kira kira dalam RM5/RM6 sajaa. Murah sajaaaaa. Sedap!!!!


YONG TAU FOO BALAI BOMBA
Tempat ni femes k. Namanya diambil sempena foodcourt dia yg terletak di balai bomba taiping. Banyak gila orang jual yong tau foo sampai terpaksa google mana paling sedap sebab nak yang terbaik kan. Kitaorang beli ni harga RM10 saja. Nama kedai dia tak ingat. Tapi dia setentang dengan kedai no2. Kedai tu jual 40 jenis ABC tau. Tapi sayangnyaaaaaaa kedai tu tak bukak pulak. Takpelah takde rejeki jugak. Aduh sambil taip ni lapar pulak

Lepas makan yong tou foo tu rasa macam awal sangat kalau nak balik rumah ni so google lah lagi apa makanan best best finally jumpalah ini.....


MEE UDANG KUALA SEPETANG
Korang type je mee udang mak jah kuala sepetang dekat waze, kompom keluar punya. Dia ada banyak lagi kedai lain macam makteh lah mak uda lah mak mami mama mamu tapi kitaorang nak mak jah punya gak. Harga dia RM!3.64 yang sen tu tak ingatlah. Taram saja yg sen tu. Udang dia besar ouhh ada 5 ekor kot. Sebab tu lah mahal sikit kot tapi kuah dia memang superb sedap ngat nyum nyum delicious. Kedai dia besar plus macam hipster sikit even nama makjah. Hehehe

 Last sekali, otw nak balik ke shah alam tu singgah lah jap di Ipoh. Masa kat kampung sebelum bertolak balik baru sibuk nak google tempat mana yg menarik


 HOKKAIDO ICE CREAM PUFF
Ya ampunnnnnn ni sedap banget. I kennot lah. Dia semua sekali ada 10 flavour. Kitaorang pilih green tea, mint, coconut dengan cookies cream. Harga pun cuma RM3.80 je. Puff dia tu ah sedapnyaaa rasa coffee sikit rangup pulak tu. Ice cream dia pon sedap. Ah yang ni lah paling takleh moveon. Sedappppppp gilerrrrrrrrrrrr


NASI GANJA IPOH
Sebab nama dia nasi ganja sebab kalau orang makan je jadi ketagih. Padahal nama asal dia Nasi Kandar Ayam Merah je. Hehehehe beratur panjang gila bakhanggg. Kedai dia dekat je dengan hokkaido tadi je so kitaorang jalan kaki je dr kedai ice cream tadi. Search sajaa di waze. Kedai dia depan hotel (nama kedai tak ingat. Ampunnnn buk). Yang ni harga dia RM5. Sedapppppppppp!!!!


LAKSA TELUR GORENG BERSARANG
Ni pun korang google and waze jelah tempat dia ye anak anak. Tak silap Taman Botani gitu. Kat area taman perumahan. Harga masa kitaorang gi ni RM3.50 je tapi start december dah naik jadi RM4. Dia punya telur goreng tu memang idaman kalbu lahhhhh. Kedai dia cantik laah klasik gitu. Sinki pun guna kuali. Eh klasik pulak. Antik patutnyaaa. 

Last but not least,


TEH O' AIS IDAMAN HATI
Special credit; semua kedai kitaorang order teh o ais je. Harga pulak pelbagai. Ada kedai rm0.50 ada yang RM1 ada gak yang RM1.50 hehehehhe

So bagi sesiapa yang musykil besar mana perut kitaorang boleh telan semuaaaa makanan makanan ni. Tak meletup ke perut kitaorang. Rahsia kitaorang is kitaorang hanya order SATU pinggan/mangkuk/pcs sahaja setiap kali makan. Pasru share sahaja. Tak kisah lah korang lapar tahap mana tapi pelizzzzzz order satu saja sebab banyak lagi makanan lain yg boleh dimakan. KAlau semua tempat korang nak order sorang satu memang matilahhh semua muntah lah berak lah. Cendol saja kitaorang beli dua mangkuk. Hokkaido ice cream beli sorang satu lah takkan tu pun nak kongsi boleh tertimbul isu lak. Kang bergaduh pulak. Air pulak memula sorang satu pastu beli dua je. Pastu beli satu je. Last last time makan laksa bersaran tu tak order pulak air HEKHEKHEK

So, thats all


Jom pulang ke Selangorrrrrrrrrrr!