Monday, December 31, 2012

memories of 2012

Assalamualaikum wbt and Hi everybody !
so as dijanjikan semalam , aku akan update hari ni kan ? 

yes , a lot of cubaan + dugaan yang berlaku during 2012 . but , aku rasa lagi banyak benda yang manis . lalalala~ ayat aku dah start skema . banyak sangat yang aku boleh kategorikan sebagai memori indah sepanjang tahun ni .

aku nak imbas kembali apa yang dh terjadi . sebenarnya memanglah let bygones be bygones ( erk , betul ke ) . tapi aku just nak imbas kembali . macam dah teknik dalam komsas dah . tetibe , boleh teringat cikgu enon pulak . 

so 2012 ialah my PMR's life . aku tak bagitahu lagi kan aku dapat bape dalam PMR . just wait , nanti lepas ni aku bagitahu lah . aku kat sekolah pun macam orang gila . jalan sana jalan sini . aku rasa keliling sekolah dah ada tapak kasut aku .nak buat cemana kan dah kaki aku ni tak boleh nak stop . asyik nak bergerak je . bab ponteng kelas aku memang terror . tidur kat dalam bilik telekong kat musolla , masa bulan puasa , lepas abis tarawikh , aku ada 'usrah' kat bilik telekong tuh . jangan terpedaya , usrah yang dimaksudkan adalah besembang dalam gelap . and who is the partner ?????? she is SITI AINIZAH BINTI SAIAN . korang tak pernah jumpa ainizah eh dalam blog ni ? eh , pernahlah . cuba korang baca SINI . kat situh korang boleh tgok aku beraya ngan dia . Thanks to Allah sebab bagi aku kawan yang sekepala ngan aku . A lot of Alhamdullilah ! yang aku tak boleh lupa sekali kitaorg merewang kat belakang dobi ? merewang ? means , aku ngan ainizah cabut rumput + bunga bunga kat situh and petik dia bagi kecik masuk dalam longkang and kacau ! gaya cam nak buat kenduri laah .

then , aku teringat lagi masa PMR . masa tuh cuti jumaat , sabtu ahad . masatuh ada lagi 3 subjek . kitaorg ada bilik bilik untuk belajar and semua tidur dalam dorm yang sama . orang panggil aku mak just sebab aku marah marah aimi si rosak gigi . aku masa tuh ajar dia subjek Math . and dia tuh tak paham paham bahasa . tuh aku marah dia . and satu kelas panggil aku mak . sebab diorg kata aku garang macam mak . okay korang ! aku terima dengan hati terbula . lalalala ~

tuh antara perkara yang best , yang sedih pulak ! banyaaaakk . takkan nak citer semua pulak kan . so , the one of my sad moments is kucing aku mati . Bunga tinggalkan kitaorg sebab penyakit misteri . and seisi keluarga kami menangis atas pemergiannya termasuklah ayah aku . super not macho . haha . ampun ! aku ada update pasal Bunga pegi ( mati lah k senang citer ) kat SINI . and sepanjang hidup dia aku ada update pasal dia kat SINI la. 

so , sekarang pasal my blog . dari Jun 2010 sampai lah ke Dec 2012 , followers baru mencecah 27 orang . 2 tahun setengah aku berblogging . tapi aku still ada followers yang sedikit . sedih tau !! aku ada baca blog Vivy Yusof , Dena Bahrin , Irine Nadia , Hana Fedora , Dr.Halina Yunos , Fatin Liyana , Maria Elena , Hanis Zalikha dan sebagainyalah . sumpah , aku jeles tengok blog orang yang mencecah hits + follower berpuluh puluh ribu dan berpuluh puluh juta . and sampailah minggu lepas , I joined the segment . barulah followers aku mencecah 94 orang . superb ! dalam masa tak sampai 2 minggu , followers aku dari 27 orang boleh jadi 94 orang . A lot of Alhamdullilah again .

apa yang aku harap 2013 nanti , aku dapat belajar bersungguh sungguh sebab aku ada SMA pulak . SMA ? apa tuh ? SIJIL MENENGAH AGAMA lah . doakan aku berjaya . and aku harap jugak , My Lalilola Sweet House akan berjalan dengan lancar dan insyaAllah akan mula beroperasi asap . 

2012 = orang ramai menetapkan sebagai kiamat kan ? sampai ada yang buat filem 2012 bagai . then tak jadi . pstuh keluar lagi tarikh baru iaitu 1.1.17 . sebagai kesimpulannya , kau bukanlah tuhan . Allah yang tahu bilanya kiamat . dengan hanya perkataan Kun Fayakun tuh kiamat akan berlaku dengan sekelip mata . wallahu a'lam .

p/s : PERINGATAN UNTUK AWAK AWAK SEKALIAN : JANGAN MASUK TOILET PADA 31.12.12 JAM 11.59PM KERANA ANDA AKAN KELUAR DARI TOILET PADA TAHUN HADAPAN . HEHE :D


2012 , saya akan simpan awak dalam hati saya sampai bila bila <3