Jika kamu memancing ikan ….Setelah ikan itu tersekat di mata kail,Hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja,Kerana ia akan menderita selagi ia hidup.Begitu juga setelah kamu banyak memberi harapankepada seseorang…Setelah dia mula menyayangimu, hendaklah kamumenjaga hatinya.Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannyabegitu sahajaKerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamudan mungkin tidak dapat melupakan segalanyaselagi dia masih mengingatimu…Jika kamu menadah air, biarlah berpada…Jangan terlalu mengharap pada takungannyaDan janganlah menganggap ia terlalu teguh.Cukuplah sekadar keperluanmu…Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.Akhirnya ia dibuang…Sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi…Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,terimalah dia seadanyaJanganlah kamu terlalu mengaguminyaDan janganlah kamu menganggapnya terlaluistimewa.Anggaplah dia sebagai manusia biasa.Apabila sekali dia melakukan kesilapan,Bukan mudah bagi kamu menerimanya…Akhirnya, kamu kecewa meninggalkannya.Sedangkan jika kamu memaafkannya,Boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hinggaake akhirnya….Jika kamu memiliki sepinggan nasi..Yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah? Cuba mencari makanan lain.Terlalu inginkan mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.Kamu akan menyesal.Begitu juga jika kamu telah bertemu denganseorang insan.Yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.Menyayangimu. Mengasihimu.Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkan denganyang lain?Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan kehilangannya apabila diamenjadi milik orang lain.Kamu juga yang akan menyesal…
CUBALAH UNTUK SETIA.Kesetian dan kejujuran merupakan akar bagi sesebuah perhubungan. Jika akar rapuh maka runtuhlah pokoknya. Jangan sampai apa yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran…
INGAT!!!!Wanita tidak diciptakan dari kepala untuk disanjung dan dipuja…Tidak dicipta dari kaki untuk dipijak dan disepak…Tetapi mereka diciptakan dari rusuk yang dekat di hatiUntuk dikasihi dan dipelihara dengan sebaik-baiknya….
P/s:Tidak perlu mencari teman secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman…Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha…Tidak perlu mencari teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar…Dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD jika ada keburukan pada dirimu? Bimbinglah dirinya & terimalah kekurangan itu sebagai keunikan dan carilah kebaikan pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah agar dia menjadi milik kita….Semoga bahagia sahabatku….